23.10.12

Scarfla

Kita ni idok lerr exclusive dan beautiful. Jadi bila terbaca tagline "Be exclusive, be beautiful" teruslah terasa diri ini layak untuk terasa dan ingin seterusnya menjadi exclusive dan beautiful. Jadi kita pun pergilah masuk facebook Scarfla ni, tengok-tengok dia pun ada blog sekali. (Aku sebenarnya dah siap link kan dah tinggal korang nak letak cursor korang atas perkataan facebook dengan blog tu je tadi *suka explain*)

Bila tengok tudung-tudung yang dia jual, tudiaaaaaaaa lebaq pastu besaq. Lepastu pattern dia banyak sangat yang cantik-cantik dan sweet tapi tapi tapi banyak dah sold out :'(

Jadi perkara pertama yang penting untuk kita bila nak beli tudung adalah first sekali SELESA. Kalau tak selesa tu, aku akan dok merenyeh sepanjang memakai tudung itu dan akan menggaru-garu kepala untuk menunjukkan ketidakselesaan itu. Tu tak selesa ke banyak kelemumur tuh? Kau ni nak salahkan keselesaan tudung walhal syampu sekali sebulan.

Lepastu perkara kedua, haruslah tengok material dia, senang nak bentuk ke, kena gosok ke *sambil type sambil hempas iron ke lantai* atau pun serap peluh atau tidak. Dan yang paling utama aku ini adalah orang yang sangatlah tidak suka nak gosok tudung! Argh! Baju pun tak suka gosok apatah lagi tudung. Jadi yang kena gosok tu biasa terjelopok dalam laci tak buka-buka, bila buka laci terus keluar rama-rama. Ha lama benor tak buka laci kan.

Seterusnya, haruslah tengok panjang pendek tudung tu. Cukup untuk menutup apa yang patut dan segalanya ke idok. Dan yang terakhir, pattern. Ha sebab kalau dah muka bulat lebar macam aku ni pastu nak pattern yang ada bulatan besor besor macam roundabouts kan ke gila tu namanya. Mendatangkan optical illusion kepada sesiapa yang sedang bercakap dengan aku pasal nanti dia tengok aku kecik besor kecik besor je kan aihh ha ni makan dia.

Wei berleter padiaa. Hahaha. Okay jadi dalam banyak-banyak tudung yang dijual Scarfla, aku pun pakai yang menetapi ciri-ciri yang kat atas tu yang aku dah habaq tadi. Hasilnya.

Ha gitu. Thom Yorke sangat aku. Tengok, aku pakai pun main selebet-selebet je ni, tapi selesa je sampai jadi Thom Yorke lah aku.

Hasrat di hati nak yang pattern bebunga tu, tantekk je, tapi takde rezeki :'( TAPI TAKPE, SEBAB AKU DAH JADI THOM YORKE PAKAI TUDUNG. Sesiapa yang nak jadi Thom Yorke sekali, belilah tudung kamu di Scarfla! ^v^