November 16, 2012

Tiada kata secantik bahasa

Sekarang November, and this is the only entry I have for November. Kau kalau tengok progress blogging aku memang entah apa wei, semakin lama semakin sikit. Frankly, I'm out of words. Tak tahu nak tulis apa. Dulu masa muda (19 tahun masa first blogging) darah membuak-buak, semua benda nak cerita, marah kat orang ni, nak tulis kat blog. Sedih terkilan, tulis kat blog. Tersentap sorang-sorang, elmo di kala malam yang sepi pun nak tulis dekat blog. Walhal takde masalah pun.

Dan sekarang bila dah 4 tahun tulis isi hati dan fikiran, that's it. I'm no longer a writer anymore. Eh. Blogger. And this shall be the final year of rambling everything in the blog. Sebab seniors kata masuk LLb life kau miserable, nak jenguk blog pun sekali sebulan mungkin. Masa tu mungkin aku akan tulis begini.

June : Hello june! I'm still breathing.

August : Hello august. Barely breathing...

December : teeeett *bunyi life machine*

DRAMATIK SANGAT. Ok aku tipu. Kita tengok nanti aku tulis macam mana. And apa akan jadi dengan bedazzling aku bila dah masuk LLb ni? Takkan pergi firm bawak manik batu segala pastu menempek batu sambil dengar lawyer ajar. Mustahil kan. Jadi, selamat tinggal koleksi batu-batu ku. Bila melangkah masuk LLb, memang semua diserahkan kepada angah. Pasal dia dah kahwin by that time, so dia yang handle semua. Tengok, aku buat bisnes berapa bulan je nih.

DAH BUAT PAPAN TANDA MACAMTU PASTU NAK RETIRE?!

Untuk sesiapa yang mendengar bebelan aku di Twitter, aku memang suka mintak pendapat kosmetik dari sesiapa yang follow aku. Lepastu, walau apa kamu nak kata aku still nak insecure dan over react dengan keadaan kantung mata yang semakin parah. Rasanya tak semakin parah, dia parah constantly tapi ya tak pernah indulge dengan kosmetik mahal untuk muka, ini kali pertama barangkali. Hanya untuk cure kan eyebags dan dark circles aku.

Kau kalau tak berkesan, aku tak tahu nak cakap apa.

Beli benda ini sebab tengok dekat internet macam gah, semua orang nak puji puji. Lepastu sebab dia dalam bekas yang persis contact lens punya case. COMEL SANGAT WOI. Nasib baik tak bedazzling kan. Padan muka. Harganya RM 165. Oh, air mata menitis di atas keyboard. *Lap keyboard* Ya, RM 165. OH MENITIS LAGI.

Jadi sebab aku akan pakai dulu sampai habis benda ni, dan baru akan bagitahu kamu, bagus atau tidak. Dan sesiapa yang ada cadangan eye cream paling bagus untuk menyahkan eyebags dan dark circles sila sharing is caring. Sesiapa yang nak cakap,"Hekeleh dah try dah Eyliplex 2 ni tak berkesan pun kau buang duit iz,"

JANGAN BIARKAN AIR MATA INI MENITIS LAGI.

Kalau tak pakai eyeliner, nescaya sepet kerana kantung mata yang dahsyat.

Sekian, salam maal hijrah dari saya.