December 28, 2012

Jumaat yang terakhir.

Lama siot tak tulis. Tiga hari lagi dah tahun 2013. Dan kalau aku masih menulis lagi tahun depan, blog ini dengan rasminya telah berusia 5 tahun.

*tetibe*

Banyak sangat benda nak tulis, birthday bash, wedding kakak, dan lain-lain yang aku dah lupa langsung. Tapi masa begitu tidak mengizinkan sebab tinggal lagi seminggu untuk final exam. Lepastu sebulan aku duduk menjawab paper final exam. Dan selepas itu, aku akan bercuti sakan. Aku tak kira, walaupun aku belajar macam tak masuk apa-apa now, tapi aku dah plan aku nak bercuti ke mana lepas habis final exam terakhir untuk BLS ini.

Jadi, doakan aku buat yang terbaik untuk final exam terakhir ni. Ya, ya aku juga doakan kalian. Buat yang juga menduduki final exam seperti aku, mari kita baca doa untuk kuatkan ingatan and mudah faham benda yang dibaca, insyallah.


Ya Allah! Terangilah pandanganku dengan kitab (Al-Quran) dan lapangkanlah dadaku dengannya dan mudah-mudahan dapat aku beramal dengannya dan lancar atau petahkanlan lidahku dengannya dan teguh hatiku dengannya dan percepatkan kefahamanku dengannya dan perkuatkanNya keazamanku dengan daya kekuatanMu, maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau wahai Tuhan yang amat pengasih. Ya Allah, aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku maka kembalikanlah akannya padaku ketika aku memerlukannya dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

8 comments:

kreepykrunchy said...

Amin..goodluck..=)

Kamal Akim said...

yaaaaay Iz da bukak comment balik! (ke da lama tapi tak perasan?). Drama dalam comment ni yang penting. Hahahaha that was so 2009... ke 2010? urghhh dementia melanda...

sea_lavender said...

Amin Ya Rabb :) nk final exam jugak ek.. sme la kte.. dr 3 jan ni smpai 19 jan..best of luck~

Sue said...

good luck IZ for final woot woots,jgn lupa masuk dewan dgn kaki kanan !

ahmad endo said...

all the best iz!!

mummamiahaha said...

gud luck mkcik.

Anonymous said...

good luck iz from me cik ana

Anonymous said...

cik ana

hi iz good luck..sy bru nk baca ur blog dr awal2 u mula bloging..ternyata u mmg kelakar...baca kisah u blh buat sy suka sorg2..hehe