January 31, 2012

Nak tulis macam dalam diary.


Semalam first day attachment. Sepatutnya takyah datang sebab demam tapi sebab ingatkan attachment tak boleh MC jadi macam biasa aku badangkan diri. Lepastu bertolak dari rumah pukul 7 pagi k tengok langit macam pukul 11 malam memang gelap gelita. Terlintas sebuah lembaga hitam. Baru nak langgar sebab orang kata kalau nampak apape di tengah jalan waktu gelap langgar je. Nasib baik tak langgar rupanya orang tua tengah joging. Buat naya je joging pepagi buta macam ni.

Sampai di destinasi, kemain awal, pukul 7.35 dah sampai tapi tak sampai sampai pun dekat tempat attachment. Jenuh aku pusing satu putrajaya woi betul-betul nanes sebab termasuk salah simpang. I and Putrajaya we cannot be friendzz. Teruk simpang dia buli aku. Presint banyak kemain, call orang Putrajaya dia bantai tido membuatkan daku menghentak-hentak kepala di stereng sehingga jerawat di belah kanan dahi pecah. Pastu terjumpa pakcik naik motor. Terus bukak tingkap pastu jerit lalu bertumpang tanya dengan berdahikan lelehan jerawat yang pecah, pastu pak cik tu kata ikut dia. Kemainnn aku dah panjatkan syukran sebab terjumpa staf tempat aku buat attachment.

Sekali dia bawak tempat salah. Tak ke hangin. Pastu nak keluar dari tempat salah tu pun nanes sebab tak jumpa jalan keluar. Selepas agak-agak dah habis suku tank dok round round satu Putrajaya jumpa jugak tempat attachment aku. DAHLAH RABUN PASTU ASYIK MISS SIMPANG SEBAB SAMBIL PECUT SAMBIL BACA SIGNBOARD DENGAN RABUNNYA PASTU DAH DAPAT BACA BARU PERASAN DAH LEPAS SIMPANG *facepalm*

Bila aku menggelabah, parking pun sampai nak langgar kereta Camry putih. Pastu terpaksa parking jauh-jauh sebab tak nak terserempak Camry putih takut dia cam muka aku pastu sekali macam dalam drama rupanya dia boss aku pastu sekali aku bercinta dengan anak dia. Hik hiks. Pastu keluar kereta, semua orang dah buzz buzz call call marah marah sebab aku orang last sampai KAH KAH padan muka padahal aku orang paling awal masuk Putrajaya tapi paling lambat sampai.

Pastu tengah bawak beg semua keluar, tetibe! Tetibe ni handphone aku yang aku dok jaga tak nak kasi jatuh langsung sebab baru beli guna duit simpanan woii sayang ni sayang macam nyawa sendiri ni. Ya terus terjatuh dari genggaman lepastu aku tangkap dengan tangan sebelah, terer aku terer. Pastu dah dapat tangkap dia pergi menggelincirkan dirinya lalu terjatuh atas jalan tar pastu retak pecah bekas handphone aku KAH KAH KAH. Dia jatuh pastu sempat bounce 2 kali, very the celak kan sebab kat atas jalan tar pun dia nak bounce atas tilam dia taknak pun.

Haih. Pastu terus pergi klinik sebab nak demam, alang-alang dapat mc besok nya. Sebab aku tak larat nak pergi praktikal kalau dari pukul 7.30 briefing sampai pukul 5 punya briefing pun suara aku je dok semua orang dengar. Dari bersin macam jantan dan menghabiskan tisu tandas dalam bangunan sampaikan batuk nazak nauzubillah, sampai membuatkan tonsil aku bengkak lepastu terus jadi ramli sarep. Dapat aku cuti 2 hari. Sebab hari ni MC, besok hari wilayah persekutuan keh keh keh. Manja kan saya. Manja gila. Mulai sekarang nama aku Memanja Izdimanja.

January 29, 2012

Aku bercakap dalam hati.

Aku bercakap dalam hati tentang cinta, tentang setia.
Aku takkan boleh luahkan melalui mulut tentang cinta dan tentang setia.
Kepercayaan sememangnya datang bersama cinta dan setia.
Perasaan untuk berubah sepatutnya berlaku kerana cinta dan setia.

Aku tak punya apa-apa kecuali cinta dan setia.
Dan kau juga tak perlu apa-apa untuk tunjukkan perasaan cinta dan setia.
Aku cuba untuk berfikir dengan akal dan bukan dengan hati atau perasaan.
Tetapi akalku sempit kerana telah hilangnya cinta dan setiamu.

Di dinding mukamu aku dapat lihat cinta dan setia itu.
Walaupun di dinding hati cinta dan setia itu buat dia.

Ah. Yang penting bukan aku putus cinta.

January 24, 2012

Masalah Besar.

Masalah sangat kalau aku tak tahu macam mana nak enable comment balik. Dah enable pun dia tak nak keluar perkataan itu, jadi terpaksa delete previous post sebab malu cakap sorang sorang. Ok bye.

January 19, 2012

AAAAAAAA..

Muka skema habis exam tudung kusut stok kelepet kelepet seribu ke apa ni.
*gambar sekarang semua dalam kereta je KENAPAA?!*

Dengan gagahnya, tepat pukul 5.15 petang selepas 3 jam bontot kebas dan menguap buat sejuta kalinya sebab dewan exam sejuk nauzubillah, telah ku ratah exam slip dengan gelojohnya. Ya ratah, begitu rakus, macam ianya sekeping daging. Exam slip boleh pergi menangis sebab dah tiada guna pada diriku lagi.Terus berlari menuju ke Ikea, tak perlu naik sebijik kereta pun, malah dua kereta pun aku tak hingin naik sebab boleh berlari pecut ke Ikea sebab simpan mengidam makan meatballs dengan b e g i t u l a m a n y a.

Kalau ada anak dalam perut tiada mengapa juga meatballs diidamkan tetapi hanya punya 5 lapisan dinding lemak tepu yang tak pernah berjaya dihakiskan oleh teh kurus atau jamu keding. Tak dapek. Jadi sebab 5 lapisan dinding lemak dalam perut nak stay je, kena belai sebab orang kata sayangilah mereka yang sentiasa dekat dengan anda. I love u 5 lapisan dinding lemak. Kemudian selepas itu pulang ke rumah kerana bila tangki dah penuh mesti kena conserve ia dengan kasih sayang, kena bagi tangki tidur. Sebab nak manjakan diri, kena makan sampai buntal lalu mengengsot balik Subang.

Sampai rumah, terus masuk bilik dengan menghentak daun pintu (kemain daun pintu, feeling zaman kesultanan sangat) lalu mencari-cari di mana kah jadual exam yang tertampal di dinding. Ha tudiaaa jumpa dah. Terus dengan asap yang berkepul-kepul keluar dari hidung merentap kertas dari dinding dan menulis, HABISSS besaq besaq atas jadual waktu exam. Pastu lega dah. Taktau lega pasaipa padahal esok kena pergi balik uitm ambil buku log praktikal dan amek voucher buku 1Malaysia (keluarkan jari telunjuk sebagai simbol satu) pastu nak spend voucher taktahu nak beli apa simpan je, boleh tak beli external pakai voucher tu? Ada ke kedai buku jual external? I tak pernah mempunyai sebijik external.

Habis second year, nak masuk final year, pastuuu final year mesti rambut dah botak sebab hari-hari makan rambut. So okaylah, nak kahwin lepas final year, pastu jadi suri rumah full time tapi nak laminate degree gantung kat dalam bilik tidur. Tu je. Okay bye semua, pendek kata dah habis exam k bye.

*Sambung main game*

January 16, 2012

Senggol senggolan cubit cubitan

HABIS DAH PAPER AKU HABIS DAHHH WOII, SEMUA CORE SUBJECTS HABIS DAH. Tinggal satu je lagi paper, elective subject, di mana aku amek enviro k bye. Taktau camne nak study enviro ada gap dua hari tapi selama dalam kelas tidur sorok muka belakang beg. Apa nak jadi apa nak jadi sampai sekarang tak kahwin lagi.

Dalam masa dua hari ni aku nak buka akta environmental quality yang aku pinjam dari Marlisa tu yang stok berbelang sebab berjemur dalam kereta omg marli if you're reading this, please don't be mad, buku kau berbelang sebab berjemur kat cermin belakang kereta aku, dia dah jadi tanned dengan overnya.

U allsz taktau aku dah buat list penuh dah nak buat apa habis exam ni, sebab aku ada cuti seminggu je untuk berjimba lepas habis exam sebab on 30th january aku start practical *nanes* Manja nya tulis nanes, manja macam baby. *Sila masukkan ayat mencarut di sini*

Okay jadi sebab ada seminggu je masa untuk berjimba KENA PLAN DENGAN JAYANYA, plan study tak plan dengan jayanya, malah tiada plan dalam hidup ke apa, tapi kalau main GTA atau zombie apocalypse begitu teliti mengorak langkah seolah-olah tidak akan paling ke belakang. Bila dah habis practical sebulan, hanya ada 5 hari je nak berjimba balik sebab lepastu masuk semester baru. OKAY SEKARANG AKU NAK DEMAND BALIK CUTI 4 BULAN TU MANA KAU MEH SINI.

Okaylah nak pi blajaq, sebab nak berjaya dalam hidup, nah ni gambaq ceq. Aku suka gambar ni sebab camera tetibe menjadikan muka aku macam pisang. U know I look cool acting like a banana.

COOL BANANA

*Sambung blajaq*

January 6, 2012

Berlagu-lagu memanggilku

Dulu pernah subscribe caller ringtone tapi sekarang dah tak mampu nak beli sebab mahal. Tetibe Celcom buat Call Me Tone-a-thon jadi dengan musykilnya aku menggodek *118# woww rupanya ada lebih dari 4 ribu lagu untuk pilih sebagai call me tone sampai boleh jadi koleksi call me tones. Setiap kali orang call, dengar lagu lain-lain buatnya orang call aku sebab dah jadi macam radio. Ha lepastu semua misscall hanya kerana tidak mampu beli sebijik radio lalu menganggap call me tone collection aku sebagai seorang DJ. Mampu?

Untuk sesiapa yang join call me tone-a-thon, setiap hari akan ada pemenang yang dapat hadiah wang tunai dari RM 2000 sampai RM 7000 woii. Bukan itu sahaja, malah (ayat BM ko kemain) kita akan berpeluang untuk memenangi Volkswagen Polo! Okay itu aku nak.

Jadi kalau nak join, baik cepat cepat sebab dia hanya berlangsung dari 14 disember sampai 12 januari saja jadi kalau kau lambat kau jangan makan ibu kaki sendiri sambil call aku dan dengar call me tones aku :3

Macam mana nak join? Type CAR hantar kepada 22222. Daripada kau dok ON RINDU ke 33255 tuh baik kau jadi call me tone-a-thon subscriber. Untuk harga RM5 boleh dapat dua call me tones yang tahan sebulan. Then bolehlah redeem tones dekat www.thecube.my

Untuk menang volkswagen polo tu, sebab nak terus target grand prize taknak cash cewwah, kenalah hantar sms pada 22222 at least 3 kali sehari dan beli 6 lagu untuk RM 15 woff woff woff. Bila dah beli lepastu paksa kawan misscall sebab kena dengar call me tones aku. Annoyingkan aku.

Okay so jom join call me tone-a-thon untuk menang hadiah besaq besaq! Pesanan khidmat masyarakat : good luck untuk students yang akan menduduki peperiksaan akhir macam aku, ha padan muka. Sempat kan nak wish sini kbye *garu dagu*