11.5.12

Pencinta Nokia

Kali terakhir I pakai handphone Nokia adalah yang model E5 qwerty keypad tu. Dan harus I mengaku di sini handphone Nokia memang tahan lama, lepastu kamera sangat lawa dan speaker yang masyuk serta battery yang tahan lama. Jadi walaupun I dah pakai handphone lain, tapi Nokia masih berada di tangan kanan kiri.

Jadi bila tiba-tiba dengar Nokia Lumia 610, I kena mati. Mati sebab dah terbeli phone baru, hurghh. Jadi sesambil buat research untuk project paper, I pun pergi ke SINI

Dan secara tiba-tiba I mati lagi sekali kerana rupanya Nokia Lumia 610 available in turquoise. Woi itu favourite colour selendang, pencil box, casing phone, handbag, kasut, dan kalau boleh juga serkop tudung. Semua nak turquoise. Tengok-tengok rupanya full touch screen, hmm boleh tahan *terdetik dalam hati* 5 megapixel camera, mesti cantik macam E5 sebab walaupun dah ada handphone baru, tapi guna E5 untuk camwhore pastu Bluetooth kat phone baru keh keh keh.

Usha teruk-teruk lagi, tengok OS, Windows Phone 7.5 wah dah takde symbian dah sekarang. Mesti lagi smooth dan laju. Tengok battery tahan lama, lama betul, kalau bergayut straight sampai nak drain battery tu, mampulah ke 9.5-10.5 jam. Lepastu kalau nak dengar lagu macam tengah ada kenduri kahwin pun lama jugak, around 35 jam, so kau boleh kenduri sehari semalam lah begitu. Yang disayangi dalam Nokia ini adalah GPS nya lepastu tak lombab. Bukan macam ada sesetengah phone yang gah tapi gagal. Dan of course tak perlu I repeat lagi, camera yang auto focus dan features yang lain.



Oh dan resolution untuk video sangat cemerlang sebab boleh terus buat vlog upload kat youtube then kau settle. Kalau kau berangan jadi pelakon pakai video cam Nokia Lumia 610 ni pun feeling muka flawless dah. Paling penting sebab aku suka tengok movie dalam Youtube *kantoi cets romps* battery boleh tahan sampai 7 jam. Maksudnya boleh standby 3 movie teruih. Dan akhir sekali berat dia yang sedang-sedang so bila letak dalam poket tak nampak bulky dan seolah-olah kau masukkan PSP dalam poket tak nak kasi orang pinjam. Selamat dari tangan pencuri, dan tangan budak-budak kecil yang ganas. Orang touch screen dia hentak jari kelingking kat atas screen.

Dan akhir sekali gambar Nokia Lumia 610 untuk tatapan. Omey nyeew.

Nak beli ke tak nak beli ke nak beli ke tak nak beli ke nak eh nak beli eh eh.