October 31, 2012

Ketuk-ketuk siapa tu?

Oh cuti mengapa kau datang bertandang di hati dan kemudian kau harus pergi? Lagi 4 hari kelas bermula macam biasa. Start kelas je terus ada tests dengan submit assignment and buat presentation. Sebagai penawar hati, biar aku hiburkan kamu dengan lawak ketuk-ketuk siapa tu battle antara aku dan rakan karib Cimok.

Sebab Cimok dia kerja jaga kaunter now and that bila boring memang out of blue sms aku benda paling irrational sekali atau pun yang random. And same goes to me actually. Truth to be told, both of us are really skema and lame.

Cimok : You have 50 sent, I have 50 cent. What do we have then?

Me : Mende

Cimok : Ala jawab jelah.

Cimok : Kurang ajar taknak jawab. Jawapan dia common sense la.

Me : Membazir masa. Knock, knock.

Cimok : Baiklah, kalau bermesej dengan aku membuang masa, jangan cari diriku lagi. Assalamualaikum.

Me : Waalaikumussalam. Hahahaha aku kata joke kau tu membazir masa. Cepat lah, knock knock.

Cimok : Who's there?

Me : Ahmed

Cimok : Ahmed who

Me : Ahmed the payphone trying to call home all of my change I spent on you.

Cimok : Lame gila. Pergi terjun bangunan. Knock knock.

Me : Who's there

Cimok : Lex

Me : Lex who

Cimok : Lex get bedazzled

Me : Apa tu tak tak paham

Cimok : Kuaja, takpe malam ni knock knock balik.

************************

Cimok : Knock knock

Me : Who's there?

Cimok : Iz

Me : Iz who

Cimok : Iz your favourite colour blue?

Me : Boo ezwar, cliche.

Cimok : Taknak main knock knock dengan kau dah.

Me : Knock knock

Cimok : Who's there

Me : Justin

Cimok : Siot lah aku asyik nyanyi ahmed kau dari tadi. Justin who?

Me : Just in time to sing ahmed the payphone trying to call home all of my change I spent on you.



SKEMA WINS!

October 29, 2012

Makeup gone wrong

Situasi 1: kejujuran kawan-kawanku yang disayangi adalah bila aku pakai eyeliner hitam bawah mata. Dah habeh lukis eyeliner bawah mata, pandang cermin sambil rasa kagum sikit. Terer jugak aku nih.

Pergi jumpa kawan-kawan, terus...

"Kau harini nampak macam witch sangat. Macam witch arab yang nak bakar budak-budak pastu makan."

Pujian paling jujur aku pernah dapat.

Satu hari aku pakai eyeliner bawah mata pergi dinner lalu upload gambaq kat BBM display picture tu pastu si Apam ping ping aku ingat aku nak pergi party Gothic. Aku dah feeling tepat pada tema dinner dah masa tu. Tema dia Dress to Impress. Impressive Goth sangat kan aku.

Situasi 2: sebab mata ni lingkaran gelap dia memang tak boleh blah lah wei. Pasal, first, aku memang tak pernah tidur awal. Aku selalu tidur dalam pukul 1-3 pagi baru tidur. Tak tahu kenapa. Habit. Sebab tu aku pendek kot. Tidur tak cukup kan. Lepastu sebab memang tak boleh tidur awal jadi cara kedua untuk menyahkan mata panda kononnya dapat tips make up dari internet.

Katanya kalau pakai eyeshadow putih di inner corner of the eyes, nanti nampak mata bulat, segar, macam cukup tidur kan. Pastu sebab aku ni memanglah bukan orang yang ada koleksi mekap since aku ada 2 benda je dalam beg mekap iaitu eyeliner dengan bedak. Tetiba dapat free white eyeshadow dari kakak. EXCITED. So calit sikit pakai jari kelingking and sapu kat inner corner of the eyes.

Aku pun pergi berjumpa kawan-kawan aku. Aku tengah rancak bercakap sekali si Hadi ni pandang aku dengan muka terrified dia. Pastu dia memekik.

"Kau ni kenapa?! Taik mata tak buang lagi?!"

"Ni mekap ni. Google kata kalau letak eyeshadow putih dekat sini nampak mata segar macam cukup tidur."

"Ish kau ni serabutlah aku tengok macam tahi mata setempek je tu. Nampak macam bangun tidur tak basuh muka adalah."

ZASSSSS!! Sekian.

So sesiapa nak kelas mekap dengan tutorial nanti beauty guru bagi tips eh. Salaamz.

October 25, 2012

Buka booth bersama besfreng.

Salasilahnya aku dan Hanis banyak beremo-emoan dengan each other semenjak waktu zaman persekolahan lagi. Bila dah emo, merajuk lama-lama dan setelah dipujuk, akan malu-malu kucing untuk bergurau senda dan bergedik sama. Kemudian lagi, cycle itu berulang dan berulanglah, elmo>merajuk>dipujuk>malu kucing>elmo>merajuk>dipujuk>malu kucing selama persahabatan 9 tahun itu dan masih utuh hokeh!

Dan pada hari itu Spongebob aku ini haruslah membuka booth untuk menjual baju-baju terpakainya dan ada juga baju yang belum dipakai dan juga menjual koleksi collagen dust yang famous amos itu. Jadi aku dan Melle menemani dia bukak booth bersama Kekna sekali. Kekna pun jual perfume roll-on yang tidak ada alkohol dan boleh dibawa ketika solat, dan yang aku telah beli 2 botol. Lepastu aku pun tumpang letak flyers Get Bedazzled. Sebab gemok malas nak buat sample casing sebab sakit pinggang dan tiada masa, jadi letak flyers je.

Kawan jelitaku yang telah berusia 22 tahun pada 9 Oktober hari itu, Happy Birthday :')


Turut memeriahkan suasana (wah gitu kau ingat kau wartawan tulis report ke), Melle yang berlakon jadi nurse hot gila dalam Mock Trial UM, sangat kelakar, cute dan sangat hot uols. Gambar nasib baik tiga-tiga duduk, kalau tak, memang dah jadi Twin Tower sebab aku jambatan pendek kat tengah-tengah antara dua orang yang tinggi ini.

Terima kasih Kekna sebab ambil gambar kitorang camwhore inception.

EH EH EH. Sebab Hanis kawan dengan Maria lepastu kita suruh Hanis cakap kat Maria kita nak ambil gambar dengan dia. Kan dah kata, kita ni reti bermonolog dalaman sahaja di dalam blog, bila di luar pemaluu. Gitu, pemalu sangat. Maria Elena cantiknya kulit awakk, flawless takde blemishes!

Oh satu lagi, sebelum saya lupa, Get Bedazzled ada buat contest sehingga 30 November 2012, kamu hanya perlu like page Get Bedazzled di SINI dan set poster contest tu as kamu punya facebook cover photo dan tag Get Bedazzled di caption cover photo itu bersama model handphone milik kamu. 10 pemenang bertuah akan memenangi Omnomnom phone cover yang limited edition sebab belum pernah dikeluarkan lagi, jadi 10 pemenang bertuah tu akan dapat dulu. 

Oh satu lagi, aku dah ada NuffnangX! Wohohoho sorang-sorang teruja. NuffnangX ni sangatlah easy peasy memudahkan kerja aku nak stalk bloggers muahahahahha. Pergilah install sekali, sebab boleh lah kamu membaca blog dengan mudah lepas ini, dan boleh comment blogger itu sekali. Kalau nak follow saya *tak malunya promote* tekan SINI.

Okay last, last. Selamat menyambut Hari Raya AidilAdha semua! Wassalam.

October 23, 2012

Scarfla

Kita ni idok lerr exclusive dan beautiful. Jadi bila terbaca tagline "Be exclusive, be beautiful" teruslah terasa diri ini layak untuk terasa dan ingin seterusnya menjadi exclusive dan beautiful. Jadi kita pun pergilah masuk facebook Scarfla ni, tengok-tengok dia pun ada blog sekali. (Aku sebenarnya dah siap link kan dah tinggal korang nak letak cursor korang atas perkataan facebook dengan blog tu je tadi *suka explain*)

Bila tengok tudung-tudung yang dia jual, tudiaaaaaaaa lebaq pastu besaq. Lepastu pattern dia banyak sangat yang cantik-cantik dan sweet tapi tapi tapi banyak dah sold out :'(

Jadi perkara pertama yang penting untuk kita bila nak beli tudung adalah first sekali SELESA. Kalau tak selesa tu, aku akan dok merenyeh sepanjang memakai tudung itu dan akan menggaru-garu kepala untuk menunjukkan ketidakselesaan itu. Tu tak selesa ke banyak kelemumur tuh? Kau ni nak salahkan keselesaan tudung walhal syampu sekali sebulan.

Lepastu perkara kedua, haruslah tengok material dia, senang nak bentuk ke, kena gosok ke *sambil type sambil hempas iron ke lantai* atau pun serap peluh atau tidak. Dan yang paling utama aku ini adalah orang yang sangatlah tidak suka nak gosok tudung! Argh! Baju pun tak suka gosok apatah lagi tudung. Jadi yang kena gosok tu biasa terjelopok dalam laci tak buka-buka, bila buka laci terus keluar rama-rama. Ha lama benor tak buka laci kan.

Seterusnya, haruslah tengok panjang pendek tudung tu. Cukup untuk menutup apa yang patut dan segalanya ke idok. Dan yang terakhir, pattern. Ha sebab kalau dah muka bulat lebar macam aku ni pastu nak pattern yang ada bulatan besor besor macam roundabouts kan ke gila tu namanya. Mendatangkan optical illusion kepada sesiapa yang sedang bercakap dengan aku pasal nanti dia tengok aku kecik besor kecik besor je kan aihh ha ni makan dia.

Wei berleter padiaa. Hahaha. Okay jadi dalam banyak-banyak tudung yang dijual Scarfla, aku pun pakai yang menetapi ciri-ciri yang kat atas tu yang aku dah habaq tadi. Hasilnya.

Ha gitu. Thom Yorke sangat aku. Tengok, aku pakai pun main selebet-selebet je ni, tapi selesa je sampai jadi Thom Yorke lah aku.

Hasrat di hati nak yang pattern bebunga tu, tantekk je, tapi takde rezeki :'( TAPI TAKPE, SEBAB AKU DAH JADI THOM YORKE PAKAI TUDUNG. Sesiapa yang nak jadi Thom Yorke sekali, belilah tudung kamu di Scarfla! ^v^



October 10, 2012

Ewapeyek, ewapeyek.

Selamat datang Oktober!

Bulan lepas order casing Get Bedazzled yang aku terima dalam lebih kurang 50++ penat sangatttt body dah lemah, apatah lagi antibody jua. Kerana bulan September penuh dengan order dan lenguh-lenguh sendi dan tulang, jadi bulan ini slow sedikit sebab tak larat nak buat. HAHISLCFSWD haritu sembang kencang nak juggle between studying and handcrafting gitu, lepastu kau tengok ha padan muka padan muka. Kata diriku kepada diriku lagi.

Jadi, betul saya memang tabik gila dekat sesiapa yang sedang membaca atau tidak membaca yang bekerja sambil belajar atau membuat dua kerja untuk tampung hidup atau tak kisah lah seorang isteri, ibu dan lain-lain ke, memang terer sesangat sebab aku baru dua bulan belajar sambil berbedazzling, dah kerepot lalu kroh kroh kroh ya semua.

Tengoklah macam mana, ini sebab assignment mula menjenguk dan tests mula mengetuk pintu hati. KENA BIASAKAN DIRI UNTUK BUSY SEBAB NANTI LLB BUKAN BUSY TETAPI COZY eh tak tak tak.

Lamanyaaaa dah tak menulis, sambil menulis blushing sebab rasa macam tengah socialize *sambil tonyoh blusher*

Semester ini bermula dengan jayanya dan diharapkan supaya berakhir dengan jayanya sekali.


Birthday surprise untuk Ily dekat pecel lele. Out of all places man, kau pergi buat birthday surprise kat pecel lele kan. SUKA HATI. Ish, october ni banyak pulak kawan aku october babies, dah boleh foresee kebotakan  tu.


Kamera phone je, jadi ko tengoklah kualiti gambar pun macam hantu sangat. Tapi yang penting bukan kecantikan muka di dalam gambar yang fail tapi tengok tu susah u ols nak bergabung ily ama iz. Campur sarah lagiiiii lah susah. Yang penting, atas kek tu aku suruh tulis shittingisfun.blogspot.com rox eh.

Ewapeyek, ewapeyek, e'eh beyyak. Siapa tak tengok Lawak Ke Der 2 tak tahu letteww. Sebab tengok LKD1 dekat Youtube secara percuma, jadi nak tangkap feeling pergi tonton something dekat Istana Budaya. So kita jakunz gila wei bila tengok stage IB tu dia boleh turun naik turun naik aaa apetuh nak grad dekat sini lah please please please kamu jangan nakalz.

Ni apa ni kasihan tak dapat tangkap gambar dengan performers, beratur melintang pastu smile. 

Ada orang tanya dekat twitter best ke LKD2, seriously cakap performance Harith Iskander maintain dari previous one dengan yang season 2 ya Allah kelakar sangat si botak tu *tiru dialog nabil* sesiapa yang ada girlfriend clingy boleh lah kau seret tengok LKD2, pasal dah takde dekat IB, tunggulah ada dekat astro atau youtube dan kau seret gf kau lagi sekali ha sebab nanti mesti dia terasa sangat tapi yang penting takkan merajukk. Sebab bila Harith Iskander yang cakap, dia tepuk tepuk tangan gelak gelak macam bangga. Kalau boyfriend cakap, confirm kena tumbuk. Ini berdasarkan observation saya yang begitu particular pada malam itu (kau tengok harith iskander ke kau tengok pasangan bercinta, iz?) 

Jozan.....kita suka yang masa LKD1 punyaaa sebab dia tomei angat hari ini saye bebas kerane hari ini adelah hari terakhir saye bersekolah dan saye menambil yespiyem. Tapi yang kali ni pun best jugaklah sebab hihihi tengoklah sendiri takkan nak kita spoil kan. Tapi still yang season 1 punya lagi best. Akhir kata, dengan harga tiket yang murah dan walaupun murah seating tetap tip top, tak rugi langsung aku pergi walaupun parking jauh nauzubillah pastu pakai wedges. CONFIRM PASNI TAK NAK PAKAI DAH WUWUWU.





Seriously cakap, takut takut LLb nanti tak dapat satu kelas/firm dengan kawan-kawan baik, semester ini kali terakhir kita kena bonding teruk-teruk ye kawan-kawan baik :') Supaya dapat mengharungi semester terakhir. Kecoh lah kau asyik cakap semester terakhir dari minggu lepas. Eh biarlah nak cakap. Semester terakhir, semester terakhirrrrr wowowoweeewowow. *bermonolog dalaman* Paling penting, saya sudah bebas dari LDK! Ini dah tak pellu. Ini pun tak pellu lagi. Berade di atas banunan yang sanat tinggi pun. Saye bebas daripada dibuli dan saye bebas dari segele-gelenye. 



Muka ceria LDK, first time ceria macam AJK Keceriaan tingkatan 5.

October 5, 2012

Legoland Malaysia :D

Dulu-dulu masa kecil dan masih comel, pantang free sikit main lego. Sebab tak suka main Barbie pasal takut Barbie tu hidup malam-malam kan, main Lego memang favourite. Lepastu main Lego dengan adik lelaki. Apa tu? Paksa adik lelaki main lego sekali pastu dah lah main Lego real life. Bila main computer game pun main Legoland yang bina town Lego tu. Pejam celik bangun tidur main legoooo je kerja.

 Bila dah besar, sekali ada Legoland dekat Malaysia. Terus paksa semua orang untuk pergi sama-sama sebab hello siapa yang tak pernah main lego masa kecil? Kalau tiada lego kepunyaan sendiri, menumpang lego sepupu. Tapi bila dah ada Legoland Malaysia, EXCITEDNYA.

Tengok gambar-gambar dengan permainan dia semua dibina oleh lego-lego bricks tu. Tapi bezanya, kalau dulu boleh buat buildings kecil-kecil je dengan lego bricks, tapi sekarang semua besar woi. TERUJA FINALLYYYY.

 Ada banyak attractions dalam Legoland dan semua best gilerzz. Kalau entrance pun dah omey gila apatah lagi masuk dalam dan main semua permainan?! Contohnya macam Miniland. Dekat Miniland ni, semuaaa benda mini. Terus membawa kamu ke zaman kecil-kecil main lego kecil manakala kamu besar godang.



Tengok ni, alah comelnyaaaaaaaaaaaa! Sumpah aku pergi pastu duduk kat satu building sampai sejam sebab main-main sekali.


MASA DULU TAKDE PUN BELI LEGO DAPAT KAPAL BESAR CAMNI KALAU DAPAT MESTI MAIN KAPAL DALAM BILIK AIR SAMPAI BAPAK MURKA.


Lepastu ada Build and Test centre, masa tu kamu boleh bina kereta lumba sendiri guna lego bricks yang ada. Kira macam reminiscing back good memories dulu aww. Ada Observation Tower yang kamu boleh naik dan nanti boleh nampak pemandangan indah Legoland 41 meter dari tanah.


TAK GAYAT PUN TAK GAYAT PUN *tutup mata*

Wah bunyi macam aku yang naik dan ambil gambar kan, padahal...

Ok nanes, jangan finish that sentence.

NANTI AKU PERGILAH, HUH. Ada banyak lagi rides yang ada, aku tak dapat nak gambarkan perasaan semasa naik rides ni semua. Sebab...sebab hmph tak sampai hati nak cakap. Jadi tengok jelah gambar, sebab tak pergi lagi, jadi mampu tengok gambar saje.



Lepastu ada driving school pulak tu dekat Legoland. Bestnya kecik kecik dah boleh bawak kereta Lego. Aku ni tunggu ada lesen dah besar godang baru sebuk nak bawak kereta lego. Huntonglahhh budak kecik zaman sekarang.

Yang paling best dalam Legoland adaa banyaaak sangat tempat untuk cari makanan. Ada Cafe, Pizza Mania, dengan market restaurant and semua restoran ni self-service. Kalau taknak berhenti makan dekat restoran sebab syok sangat main, ada food stands macam Robot kitchen, Knight’s Feast, the Jungle cafe dengan snack bar. Ho ho ho perut kenyang jangan main sampai muntah.

Kalau pasal makanan mesti semua orang concerned pasal harga kan? Untuk makan dalam mana-mana restoran dekat Legoland, range harga makanan untuk dewasa dari RM 10.50-RM 23. Untuk kanak-kanak pula, ada makan dan minum sekali untuk RM 15. AFFORDABLE TAK?!

Kalau dah cakap pasal kebestan Legoland mestilah kena kasi harga ticket sekali supaya senang nak menabung dari sekarang aiceh. Ada dua jenis ticket. Untuk One day ticket, harga untuk orang dewasa ialah RM 140, kanak-kanak RM 110 dan veteran RM 110. Dan untuk golongan yang stok nak pergi setiap bulan sebab tak boleh get over lego dari kecil, belilah Annual pass, hak ah! Boleh lah kamu pergi Legoland dalam setahun tu unlimited okay! Harga annual pass macam lagi best je, untuk dewasa RM 275, kanak-kanak dan veteran RM 210.

 Dan untuk masa terdekat ni, warganegara Malaysia (MyKad Holders) boleh dapat rebate RM 30. Adakah kamu sedang berfikir-fikir untuk pergi lepas final exam macam saya dan rakan-rakan juga?

 Tapi yang paling epic sebenarnya adalah ini. Ada bangunan Maybank dalam Legoland ok. Kalau bangunan Maybank macam ni dekat satu Malaysia, aku kerja Maybank terus.


I wonder adakah bangunan Maybank ni bahagian dalam dia sama dengan semua cawangan Maybank di seluruh Negara? Ada tak kawan aku yang ambil finance dapat kerja dekat Maybank Legoland? Hik hik. Boleh tumpang datang sekali.

 Untunglah kawan aku dan blogger lain yang kena sponsor dengan Maybank untuk pergi Legoland free of charge. UNTUNGLAHHH. Selama ni kalau orang cakap untunglah dekat tepi telinga, aku tumbuk je (macam kuat). Tapi sekarang nak cakap UNTUNGLAHHHH Maybank sponsor dia pergi Legoland. Sobss. Bestnyaaa kita pun nak pergi sekali *tak malu*

Oklah, untuk maklumat lanjut dan untuk lihat lebih banyak lagi gambar LEGOLAND, sila pergi ke http://www.legoland.com.my/ 

 Letak plastic atas keyboard okay takut-takut air liur berderai jatuh sambil tengok gambar. Air liur bercampur air mata. Amboih pondok buruk sangat.