*Overly attached Tesco customer*
Serious cakap Tesco Mutiara Damansara adalah sangat strategik tempatnya. Dahlah tengah-tengah bandar dikelilingi Ikea, McD, The Curve dan banyak lagi. Lepastu senang nak cari, parking jangan katalah. Dekat dan banyak. Parking je terus beberapa langkah masuk entrance. Sebab misi aku hari ini adalah untuk mencari hadiah pengantin yang cute. Tak kisahlah macam mana pun asalkan ikhlas dari hati.
Masuk Tesco selalu rasa aman damai sebab shopping dengan mudah dan senyuman sambil tolak troli. So sambil tolak troli sambil senyum. Orang tengok macam err kau niii kenapa.
Pantau-pantau section mana yang paling sesuai untuk cari hadiah pengantin. Opp opp! Dah jumpa dah. Section kamar tidur! HIHIHIHIHIHIHIHI tomeii tomeii.
Bagusnya ada display katil dengan cadar katil, comforter, bantal semua dekat Section Kamar tidur ni. Terus rasa mengantuk. Lepastu siap ada hiasan sikit tepi katil tu, EFFORT OKAY EFFORT.
So kita round dulu satu section nak tengok apa yang paling comel untuk dibeli buat bakal pengantin.
Langsir dah siap gantung nak kasi customer tengok macam mana rupa dia kalau digantung, lepastu boleh compare dengan langsir yang lain bila gantung banyak-banyak macamni kan. Wopp wopp! Tengok harga tu,RM 79.96, SELEPAS DISKAUN. WEIII DISKAUNNNN.
Ini pulak langsir tingkap dan aksesori, pun ada 60% diskaun. Ni baru nak beli untuk bakal pengantin pun dah rambang mata, kalau diri sendiri jadi pengantin macam mana.
Okay, okay, walaupun muka teruja taknak lepaskan bantal peluk, still tak boleh beli untuk bakal pengantin sebab nanti, siapa nak peluk bantal peluk?
Let’s get married bantal peluk. Muka let’s get married tu cantik sangat hidung macamtu.
Lengkap dengan aksesori bilik tidur untuk deko. Ada lilin wangi, frame gambar, cushion katil, potpourri lagiii.
Tiba-tiba mata terpandang section cadar dan gebar selesa. Gebar selesa tu comforter ya kawan-kawan, aku tak pernah dengar gebar selesa, ini first time. Thanks Tesco memperluaskan kosa kata BMku wah gitu.
PUN ADA 60% DISKAUN.
Dan saya tahu kepentingan gebar selesa untuk buatkan katil nampak cantik dan bakal pengantin selesa apabila tidur di atas katil. *prihatin*
Jadi, saya terpandang ini dan terus tertarik.
YEAYYY! Ini yang kalau ada orang hadiahkan waktu wedding aku, aku suka banget. Jadi bila aku suka, aku automatic expect bakal pengantin pun akan suka. SUKA HATI.
Sebab dah terberkenan yang ini, terus ambil warna ungu cair. MATCHING DENGAN TUDUNG YANG TAK GOSOK TU KANTOI. Walaupun dah peluk si ungu cair, tapi muka still indecisive nak pink ke purple ke pink ke purple.
Akhirnya, saya pilih yang ungu cair juga. Nak tahu tak harga dia berapa? RM 179.80 sahaja untuk 1 queen comforter, 1 queen fitted sheet, 2 pillow cases, and 1 bolster case. BERBALOI SANGAT KALAU KAU TANYA AKU. Terus boleh cover the whole katil and bantal-bantal dan bantal peluk. Kalau saya jadi bakal pengantin, for sure aku sukalah dengan hadiah ini sekian terima kasih. (bagi hint) Oh sebab tengah bagi hint, saya juga sukalah kalau dapat hadiah kondo sebijik dengan swimming pool dan gym hehehekk.
Dan sebab Tesco best dan berbaloi, Neelofa pun shopping dekat Tesco sekali.
Dan kerana Tesco best dan Izdiyani juga best (nak jugak), saya akan memberi satu soalan dan kepada sesiapa yang dapat menjawab dengan betul dan yang paling terawal sekali, akan dipilih sebagai pemenang oleh saya sendiri. Ho ho ho. Hadiah dia, nanti kamu dapat voucher Tesco RM 100 percuma!
Soalan : Izdiyani Musawir telah membeli apa di Tesco Mutiara Damansara?
Senang kaaaan. Jadi, untuk menjawab, just tinggalkan komen dan beri jawapan serta e-mail kamu, supaya kamu boleh dihubungi.













