December 28, 2012

Jumaat yang terakhir.

Lama siot tak tulis. Tiga hari lagi dah tahun 2013. Dan kalau aku masih menulis lagi tahun depan, blog ini dengan rasminya telah berusia 5 tahun.

*tetibe*

Banyak sangat benda nak tulis, birthday bash, wedding kakak, dan lain-lain yang aku dah lupa langsung. Tapi masa begitu tidak mengizinkan sebab tinggal lagi seminggu untuk final exam. Lepastu sebulan aku duduk menjawab paper final exam. Dan selepas itu, aku akan bercuti sakan. Aku tak kira, walaupun aku belajar macam tak masuk apa-apa now, tapi aku dah plan aku nak bercuti ke mana lepas habis final exam terakhir untuk BLS ini.

Jadi, doakan aku buat yang terbaik untuk final exam terakhir ni. Ya, ya aku juga doakan kalian. Buat yang juga menduduki final exam seperti aku, mari kita baca doa untuk kuatkan ingatan and mudah faham benda yang dibaca, insyallah.


Ya Allah! Terangilah pandanganku dengan kitab (Al-Quran) dan lapangkanlah dadaku dengannya dan mudah-mudahan dapat aku beramal dengannya dan lancar atau petahkanlan lidahku dengannya dan teguh hatiku dengannya dan percepatkan kefahamanku dengannya dan perkuatkanNya keazamanku dengan daya kekuatanMu, maka sesungguhnya tidak ada daya dan kekuatan melainkan dengan Engkau wahai Tuhan yang amat pengasih. Ya Allah, aku mempertaruhkan kepada Engkau ilmu yang telah Engkau ajarkan daku maka kembalikanlah akannya padaku ketika aku memerlukannya dan janganlah hendaknya Engkau melupakannya wahai Tuhan yang mentadbir sekalian alam.

December 15, 2012

Dari meja tulis

Maaf berjuta lemon kerana blog ini telah secara tiba-tiba ada malware. Sehingga menyebabkan beberapa rakan aku terpaksa buang link blog yang hidup segan mati tak mahu ini dari blog mereka. Aku langsung tak tahu menahu, tapi blog aku ni memang suka benar tiba-tiba ada malware bagai.

Lepastu berlagak terer nak hapuskan malware, pergi buang semua link blog. Terus kau tengok, dah takde langsung link blog member dengan readers kat tepi ni >>>>>>>>>>>

Baiklah, sebagai tanda memohon maaf, ini sebuah lagu yang sedang aku dengar dari meja tulisku sambil membuat assignment insurance law. Mari kita dengar sama-sama. 3, 2, 1...


December 8, 2012

Pemenang voucher Tesco dan Pre-grad dinner.

Sebab tiada masa nak update blog, jadi sekali harung umum nama pemenang voucher Tesco RM 100 lepastu nak mengadu pasal pre-grad dinner dalam satu entry. Gehehehe.

Okay pemenang yang saya pilih adalah berdasarkan jawapan yang paling tepat dan paling cepat. Kalau boleh, memang nak pilih semua jadi pemenang tapi apakan daya hadiah cuma satu and Tesco tu bukan bapak kita punya, jadi hanya satu pemenang akan dipilih dan pemenangnya ialah kamu!
Tapi malangnya nama kamu anonymous. Tapi sebab ada e-mail di situ, jadi nantikan e-mail untuk beritahu kamu bagaimana hendak ambil vouchers itu nanti ya! 

***************************

Okay now nak mengadu pasal pre-grad dinner. Nak mengadu apa? Nak mengadu YA AMPUN SANGAT BEST PADA MALAM ITU. Sebab malam terakhir untuk berjimba, meliar dan tak keruan sebelum start final exam. Final exam tinggal lagi 3 minggu and macam biasa sebelum final exam akan dihujani assignment, tests, dan presentation sebab nak catch up masa. Kelas pun jadi dari pukul 8.30 pagi sampai 10 malam. Jerawat pun akan start berjimba atas muka. 

Okay kelas aku join flashmob untuk performance. Atas ni kalau kamu handal kamu tahu aku yang mana walaupun bertopeng. Kalau kamu handal. 

Kau bayangkan dalam high heels aku tukar baju dari dress ke black and white attire sebab nak menari punya pasal je. 5 minit siap tukar. Tak pernah siap pergi kelas selama 5 minit sebab sebelum pakai tudung baring sat atas katil.

 Wei tema dia evening glam, backdrop dengan flyer cantik sangat ok. Mata emas glitter glitter macamtu, walhal mata aku celak sebaris pastu boh sikit mascara. 

Cimok.

 Ily. Tantek kan Ily glam sangat gold macamtu.

 Muhai, Amaw. Tantek kan Amaw pakai turban.

 HIDUNG. Ok yang kanan tu imuda sangat kan muka.


 Pigha.

 OYY ASYIK ORANG SAMA JE DALAM GAMBAR.


 Perempuan paling cantik dalam batch kita! Macam muka Izara Aisyah kan?

 Ops lupa cukur misai.

5 perut 1 kepala :')

Gambar wajib ada dalam phone, sebab yang tengah tu manusia paling tinggi dalam faculty okay. Tak payah pakai baju over over dah outstanding sekali. Dia lah yang design flyer dengan backdrop. Nak ketinggian sikit!

Gambar semua hasil nukilan sesiapa yang ada aku tengok dah upload dekat Facebook. Yang kualiti macam hampeh sikit tu ha tu gambar dari phone kita huk huk huk.