Seperti tahun-tahun yang lepas, tepat 8 Februari, aku akan meningkat tua lebih setahun daripada umur asal. Ini adalah kerana, ya aku lahir pada 8 Februari. Dan oleh itu, aku akan meningkat tua walaupun muka tua tapi usia lambat catch up muka. Seperti tahun-tahun lepas juga apabila usia telah meningkat setahun lebih tua, aku akan membebel dalam satu entry cakap aku dah tualah, aku ada azam barulah, tahun ini aku nak itu lah nak ini lah, pastu letak gambar sikit-sikit, pastu perangai sama je macam masa belum tua setahun pun. Angan-angan tahi ayam ya tuan puan.
Tetapi tahun ini, hadiah hari jadi aku best yang ultimate best punya. Yang memang parents aku nak bagi aku sedar diri sikit, yang kau tu dah tua, hidup tak lama, banyak ke ibadat. Ha begitu. Selama ini bila birthday aku, mana dapat hadiah pun. Dapat birthday cake je, tapi itu pun aku dah suka gila. Walaupun hakikatnya, aku lah yang bake kek tu wahahaha. Sebab aku suka gila cheesecake. Lepastu dalam family aku, aku dengan adik-adik aku je suka gila cheesecake, jadi memang taklah parents aku nak makan cheesecake, so aku bake, aku happy.
Lepas habis final exam haritu, sempatlah 5 perut dan 1 kepala (nama geng aku) GELI KAN ADA NAMA GENG BUT SO WHAT BIARLAH NAK ADA NAMA GENG. Kitorang pi Gold Coast Morib. Sebab percutian yang sangatlah tak organize. Mula-mula sembang kencang nak pergi bercuti kat Sabah, alih-alih habis final, terus buka wallet keluar kupu-kupu, dalam akaun bank, memang kalau angka 0 boleh multiple, dia jadi RM 0000000. Betapa takde duit nya time dah habis exam, so kitorang pun terbuat percutian yang sangat busuk sekali, pergi hari balik hari, mandi dekat gold coast morib tu, yang slides dia ada 5 je, lepastu air keruh gila pasal ramai orang. HAHAHA YUKS YUKS. Tapi sebab the idea of the pelepakan adalah sebab nak spend time dengan each other before semua orang berpisah masa LLb nanti sobs. Sebab time LLb mesti semua kena masuk firm yang dah ditetapkan oleh fakulti, for sure goodbye my gonjeng friends.
Kesian Muhaimin takde. Tanpa Muhaimin, siapalah kita.
Balik je dari Morib, terus aku pun duduk menenun kain kat rumah diam-diam pasal duit takde, lepastu menghabiskan masa membaca buku agama je sebab nak prepare mentally and physically untuk menerima hadiah hari jadi yang ke 23 dari ibu bapa tersayang.
Alhamdulilah, tak sangka dijemput menjadi tetamu Allah. Nampak macam gempal kan badan tu, tapi sebenarnya aku tak gempal pun (takleh terima hakikat).
Di Bukit Uhud.
Adik-beradik aku punya gigih pergi mendaki sampai ke puncak bukit nak berdoa jodoh. Masa ni, aku dah demam-demam dah, so doa mendapat jodoh yang beriman dekat bawah bukit jelah yang mampu. Ramaiiiii orang.
Mama cakap jemaah umrah ramai dia macam jemaah haji kali ni.
Akak, mama dengan Nabil. Yang warna hijau tulah makam Rasulullah. Dekat Raudhah, memang pengalaman yang tak pernah aku dapat. Berasak-asak, nak solat semua, tengok ada makcik-makcik yang tengah sujud kepala kena pijak semua, kesian sangat. Masa dekat Raudhah, orang Malaysia dengan Indonesia paling baik sekali, sebab ikut kata-kata, yang lain semua berlari-lari main masuk je group negara mana-mana lepastu bergaduh-gaduh.
Dengan adik aku yang paling kecil sekali tapi nampak macam aku kecil pulak nih.
Masjid Nabawi yang sangat-sangat-sangat cantik. Tenang sangat jiwa bila dekat sini.
Kamera phone je kan so low quality lah. Tapi sebab nak tunjuk langit yang subhanallah cantiknya, tak kisahlah kamera phone ke apa kan. Ini masa solat Subuh. Alah, rindunyaaaaa.
Di depan pintu Masjid Nabawi.
Mama
Pergi tengok binatang-binatang kesayangan Rasulullah macam unta, kibas, kuda, keldai sebelum bermiqat di Hudaibiyah.
Ni keldai paling jinak sekali dekat situ. Tempat ni owner dia orang Melayu. Keldai ni gesek gesek kat kita, terus nangis ingat kucing kat rumah.
Aku pergi umrah dengan the whole family for about 11 days. 4 hari pertama pergi Madinah dulu, lepastu baru pergi Mekah. Sepanjang berada dekat Madinah dan Mekah, hati mesti jadi sayu, mesti jadi macam cepat tersentuh. Tengok something je mesti menitis air mata. Even aku doakan parents aku pun, nangis-nangis hati sayu gila. Padahal mama tengah duduk dekat sebelah. Tee hee. Lepastu, yang paling kena jaga-jaga of course, percakapan dengan tingkahlaku. Apa yang kita buat semua dapat cash dekat sini. Apa yang kita fikir pun dapat cash. Contohnya, masa tengok tandas dekat bilik hotel Mekah, aku pergi cakap, "Ish bahaya ni jamban cangkung sebelah shower, kalau terjatuh kaki masuk jamban mesti kesian." Lepastu besok pagi, bangun subuh aku mamai gila, so aku pun jalan masuk tandas panggg terjatuh terpeleot tangan lepastu cantik je kaki aku landing dekat jamban cangkung tu. Lepastu apa lagi, bengkak lah siku.
So sepanjang berada dekat sini, kena banyak berzikir, kalau cakap benda-benda yang rasa akan memudaratkan diri, banyakkan istighfar. Lepastu panas ke sejuk ke jangan komen apa-apa. Sepanjang kat Madinah cuaca best je, sejuk berangin, best sangat. Dekat Mekah, sebab construction besar-besaran so debu dengan habuk berterbangan, tambah-tambah lagi dari hotel ke Masjidil Haram, aku kena lalu terowong yang panjang macam 3km kot? So sepanjang lalu memang berdebu gila lah, pakai purdah je sepanjang kat Mekah. Lepastu tak tahu kenapa sepanjang 6 hari aku dekat Mekah, diorang tak pasang air cond masjid pun, jadi bayangkan dengan ramai orang tu, so berpeluh-peluhlah kan. Tapi sebab aku tak fikir apa-apa, aku rasa sejuk je. Kakak aku asyik cakap panas panas, so dia rasa panas sangat. So kena berjaga-jagalah semuanya.
Kesihatan kena jaga dekat sini, banyakkan lah minum air zam-zam, lepastu doa nak kesihatan yang optimum semua. Masa pulang ke Malaysia, satu aeroplane tu semua bunyi batuk-batuk, orang bersin semua tak stop. Ramai yang demam. Yang bestnya dekat sana, air zam-zam senang je dapat. Aih bestnya. Sampai kat Malaysia kena saving air zam-zam. Sepanjang berada kat sana, jealous betul tengok orang-orang Arab yang faham bahasa Arab. Masa imam menangis dalam sembahyang, kita tak faham apa-apa pun. Teruslah rasa nak belajar bahasa Arab kan balik Malaysia nanti.
Sebab jemaah umrah ramai macam jemaah haji, terus rasa nak pergi haji bila usia muda, sebab memikirkan kalau muda tenaga pun kuat lagi. In sya Allah lah kan, tapi haritu mendaftar tabung haji, giliran aku masa aku 60 tahun nanti katanya. Aku rasa semua orang yang datang sini mesti rasa taknak balik bila dah last day tu. Sedih sangat. Harap-harap lepasni ada lagi rezeki untuk jadi tetamu Allah. Tapi memang buat aku terfikir sepanjang berada dekat sana, ini baru sikit umat Nabi Muhammad pun dah nampak banyak betul. Baru buat umrah woh, belum lagi dekat Padang Mahsyar. Masa umrah pun nobody cares siapa kau, kau buat apa semua. Nanti Padang Mahsyar semua fikir amalan masing-masing je. Allahuakbar.
By the way, lagi 3 hari nak masuk LLb. Tak sabarnyaaa nak habis study. Thank you semua yang wish happy birthday dekat kita. Semoga kita sama-sama menjadi muslimin dan muslimah yang sejati. In sya Allah, amin.

















13 comments:
baca cite iz psl umrah buat sy rase nak gi jugak...
hepy besday iz, bestnya buat umrah!!! kita last gi mase darjah 5 sekrg 25 tahun...sobs sobs
Plg tertawan pada langit dikala subuh hari tu...
Subhanallah... chanteknya.... tk pernah tpandang disini.
Moga2 ada rezeki untuk kunjungi tanah haram ini =)
hepi belated besday iz!best birthday present ever tu!jeles2
Baca ur blog dpt info persedian utk pergi umrah. If ade lg info or pengajaran or so on tlg la update kt ur blog. Tq.
hi izz..eh hajah..hehe iz u klakar la syok baca blog u..jgn lupa up date selalu ye.. i follow ur blog
(cik ana)
alhamdulillh merasa ke tanah suci
Tersentuhnya baca cerita pergi mekah. terus berazam nak kumpul duit sekarang so that boleh pergi dengan family.
Salam perkenalan iz :)
Syukur n bestnyer tgk iz :)
www.farahfauzi.com
alhamdulillah memang hadiah hari jadi paling indah dan bermakna. happy belated birthday!
hepi belated besday yaaa ~ besday najihah pom bulan 2 :)
btw bezzznye + untung dapat ke tanah suci muda_muda :)))
Aino, memang best. Kalau boleh nak pegi lagii.
Munamuni, wahh kecik kecik dah pergi umrah untungnyaaa. Kalau pegi sekali lagi mesti kerinduan tu terubat kann.
Zaiza, dekat sana keluar masjid tengok langit macamtu. Rasa macam ya Allah taktau nak ckp apa, mampu amek gmbr pakai kamera cikai je hehe.
Udez, thank u :-)
Aina, memang ada terfikir nak buat satu entry pasal pengajaran spjg berada di sana. If ada masa saya buat insyaAllah
Cik ana, terima kasih :-)
Syafiqah, alhamdulilah.
Syasya, harussss. Yang penting kumpul duit untuk haji. Tapi kalau pergi umrah dapt doa depan kaabah permudahkan urusan nak pergi haji.
Farah, thanks :-)
Razfira, thank uuuuuu!
Najihah, thanks, happy birthday juga hehe.
Muka akak dengan perengai akak macam cikgu sekolah kita ! Sama sangat! Uwuuu rindu pulak ! hehehe
Post a Comment