#1 Solat Sunat

Masa aku dekat Mekah, aku asyik asyik fikir benda sama. Iaitu, ramainya umat Islam. Masa aku pergi umrah time tu jemaah dia ramai macam jemaah haji. Hence, aku memang kagum setiap saat bila terkepit-kepit dalam beribadat. And setiap kali aku terpikir ramainya umat Islam, aku mesti relate dengan conclusion yang sama. It is said, dari setiap 1000 orang yang meniti titian sirat, hanya seorang saja yang lepas. Jadi aku mesti asyik fikir, aku yang dalam 999 ke yang seorang itu? Nak compare dengan seramai-ramai jemaah umrah time tu, NANES.

Kelmarin, Ustaz kata, (lebih kurang begini), "Pilihan ada di tangan masing-masing. Perkara wajib itu kena buat, buat yang wajib hanya menjauhkan kita dari neraka. Tapi tidak untuk masuk ke Syurga. Untuk masuk ke Syurga, haruslah ditambah dengan perkara-perkara sunat."

Jadi marilah kita tambah dan baiki amalan untuk bekalan hari esok. Dengan mengerjakan Solat Sunat Rawatib. Senang je, 2 rakaat, sebelum dan selepas solat fardhu. So sebab dia berterusan, takdelah rasa nak procrastinate. Tujuannya untuk mencari keredhaan Allah dan menampung kekurangan dalam solat fardhu.

Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang tetap mengerjakan solat sunat sebelum dan selepas Zuhur sebanyak 4 rakaat maka Allah akan mengharamkan dirinya dari api neraka." (H.R. Abu Daud & Tirmidzi)


Solat sunat rawatib yang muakkad (digalakkan), adalah 2 rakaat sebelum Subuh, 2 rakaat sebelum Zohor dan selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib dan 2 rakaat selepas Isyak. Tapi tidak boleh dilakukan selepas solat Subuh dan solat Asar.

Dari Aisyah r.a, Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang sentiasa (berterusan) mengerjakan solat (sunat) 12 rakaat, Allah SWT akan membina rumah baginya di Syurga iaitu 4 rakaat sebelum solat Zuhur dan 2 rakaat selepas ZUhur, serta 2 rakaat sesudah Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 2 rakaat lagi sebelum solat Subuh."

Niat Solat Sunat Rawatib Qabliyyah (sebelum)


Daku menunaikan solat sunat sebelum (Zuhur/Asar/Isyak/Subuh) 2 rakaat kerana Allah Ta'ala.


Niat Solat Sunat Rawatib Ba'diyyah (selepas)


Daku menunaikan solat sunat selepas (Zuhur/Maghrib/Isyak) 2 rakaat, kerana Allah Ta'ala.

6 comments:

sayda dino said...

babe, i nak share kat my blog can ah?

munamuni said...

aLHAMdulillah , Iz, saya memg nak cari, dah lama tinggal time blaja dulu..terima kasih kerana mengingatkan

Izdiyani Musawir said...

Sayda, yes sure :)

Muna, alhamdulilah, sama lah kita.

Anonymous said...

izz update blog please :-)

Anonymous said...

good to see u blog again :)
akak suka awak share pasal solat tu..

Obat pencegah jerawat said...

Terimakasih banyak atas informasi yang telah disampaikannya