March 15, 2012

Perempuan dan panggilan telefon.

Aku rasa aku dah share video si perempuan yang mengamuk dok baling-baling barang ni ada dalam dua kali kot? Dan akhirnya dalam video ini semuanya terjawab. Rupa-rupanya, pakwe dia masuk hospital dan dia pulak tak call nak tanya pasaipa tak contact ceq. *andaikan dia orang kedah*


*Kelik SINI untuk informasi sebenar*

Bila bergaduh pasal panggilan telefon, tiba-tiba aku teringat satu kejadian baru-baru ini. Aku dengan kawan baik aku bergaduh sat pasal sentap menyentap, sebab baca mesej dalam Whatsapp dalam nada suara yang salah. AKU PALING BENCI BACA MESEJ DALAM NADA YANG SALAH.

Sumpah boleh buat gaduh. Bila feeling sorang sorang tersentap sendiri, bukan nak call mintak explanation. Ingat memang terus declare a war. Memang sebenarnya panggilan telefon amat amatlah penting jikalau nak dibandingkan dengan hanya mesej bertulis. Contoh paling mudah, ada orang hantar mesej berbunyi begini.

"Kau tahu tak mamat yang duduk sebelah kau dalam train haritu ada dekat kedai buku ni, hensem siut."

Kalau baca mesti mendatar macam cikgu mintak murid baca buku teks kuat-kuat dalam kelas. Tapi kalau cakap dalam phone,

"Huh huh *tercungap cungap* omaigod wehhh kau tahu takkkkk *pause yang panjang untuk mencipta keadaan saspens* mamat yang duduk sebelah kau tuh!! *pause yang panjang nak bagi moment untuk kawan kau ingat balik* ohmaigod wei *tarik nafas lagi* dia ada dekat kedai buku niiiii *suara mulai bertukar menjadi nyaring* hensem siotttt!! *bertambah nyaring*

So, faham tak betapa pentingnya panggilan telefon daripada mesej? Paling penting kalau dapat mesej macamni,

"Kau tahu tak mamat yang duduk sebelah kau dalam train haritu ada dekat kedai buku ni, hensem siut." -sent-

"k" -received-

Siapa kata K itu hambar? Sebab dapat mesej "K" semua orang nak merajuk, padahal kalau depan-depan aku selalu cakap, KAYYYYYYYYYYYYYYYYY. Dengan nyaringnya. Begitu menjengkelkan, so next time kalau orang reply "K" kau bayang kan dia jawab KAYYYYYYYYYYY maksudnya dia excited sama. *positivist*

March 13, 2012

Membeli dan terbeli *updated*

Ye, ye aku tahu, semalam post hari ni post lagi. Takde kawan ke takde hobi ni, assignment dah dapat, project paper tak start lagi, sibuk kemas almari. Hihihi. Bila kemas almari semua selendang dengan baju kasi buang. Sedap mata memandang. Ini baju-baju yang aku tapis, yang masih elok-elok nak dipakai. Ada juga yang tak pernah dipakai. Beli mahai-mahai takkan nak buang begitu sahaja, kau ingat aku sendawa keluar syiling *monolog dalaman*

Sesiapa yang berminat, e-mel kita dekat macam_iz at yahoo dot com. Thanks!

Cardigan panjang Esprit, RM 20
*reserved*

Skirt panjang kelabu asap, RM20
*reserved*

Blouse bersayap kelawar, RM 35
*reserved*

Cotton on bersayap kelawar berbelang-belang, RM 20
*reserved*

Cotton on kembang di ketiak ketat di lengan, RM 25
*reserved*

Blouse bercorak kucing ala-ala gaun malam, RM 15
*reserved*

Stellar baju besaq senget sebelah, RM 30
*reserved*

Dress panjang ala-ala monochrome tak siap, RM 20
*reserved*
*tapi yang ini warna putih dia tu macam ala-ala putih tak putih, sebab haritu basuh tercampur dengan t-shirt warna kuning, dia terambil sedikit warna kuning nya, tapi nampak tak nampak lah*

Indonesian Kebaya yang telah dialter, RM 25
*reserved*

Baju panjang hitam puffy di bahu, RM 20

Indonesian baju ala-ala make up Nicki Minaj, RM 20

Ini semua tak termasuk dengan caj untuk poslaju, iaitu RM 5, sekian terimas.

March 12, 2012

Hari 22 tahun itu.

Cukup lambat nak update masa birthday buat apa, dapat apa, ada yang tak masuk gambar ada yang terlekat dalam kepala. Yang penting terima kasih bebanyak pada semua yang mengucapkan Selamatlah Izdiyani pada hari aku menyetransformkan diriku ini menjadi 22 tahun. Terima kasih, terima kasih *sambil sapu krim anti penuaan*

Teringat masa bitrhday 19 tahun pun ada jerawat gedabak besar tengah-tengah hidung. Dah jadi ritual tahunan apa tua setahun jerawat hadiah pertama keluar.




Macam budak-budak sekolah, bila birthday pergi Aquaria. Kononnya baru nak belajar hal-hal kehidupan laut dan habitat serta characteristics depa.








Dan yang paling akhir sekali sambutan di Pulau Pangkor. Terima kasih yang tersayang (iaitu famili saya). Yang penting, aku first time pergi snorkeling berkaki ayam. Sambil menyelam bukan minum air dah, sambil menyelam bagi ikan makan roti.

Bila dalam air tu, sambil dikelilingi ikan-ikan berwarna-warni yang serang kau seolah-olah mereka itu sekawan piranha, memang perasaan yang paling indah. Perasan lah kau ni disayangi haiwan, ala-ala Snow white menyanyi keluar lipas mintak tolong masukkan cadar dalam kaki katil, asal menyanyi je, jari telunjuk tangan kanan pegang burung puyuh putih. Walhal habis roti, ikan pun hilang. Bukan habis madu sepah dibuang dah, habis roti, izdiyani pun dibuang *menangis keluar laut*

Dek kerana berkaki ayam dalam laut tu, dok tergesel-gesel terlanggar-langgar batu-batu karang dalam tu. Masa tu kau punya sakit sumpah macam bersunat (cakap macam lelaki). Masa menyelam tak ingat ada kaki, ingatkan dah jadi duyung. Kaki tukar jadi ekor, keluar naik darat terus tengok kaki ya Allah berdarah-darah. Dengan kulit terkoyak, kukunya retak, kalau tourist guide nak buat naya, dia bawak pergi snorkeling bagi ikan piranha makan roti, memang aku keluar dari tinggi 156 cm terus jadi 56 cm pasal kaki hilang kan. Inilah sebenarnya dikatakan pengorbanan bersama alam semulajadi.

Alhamdulilah, aku seorang gadis 22 tahun yang sihat dan bersyukur. *Sihat maksudnya semangat lah tu, dalam erti kata lain gemuk gondol la tu*


Pi.es : Gambar semua sorang-sorang, macam celebrate birthday sorang-sorang, makan sorang-sorang, pergi aquaria cakap sorang-sorang, pergi snorkeling sorang-sorang. Hahaha!