Pukul 8.01 malam kemudian ;
March 31, 2009
Kalau begini aku sayang famili ini lebih lah.
Pukul 8.01 malam kemudian ;
March 28, 2009
Juling.

Cuba rujuk setiap gambar dan tengok apa yang anda perasan. Tahu. Juling. Mata saya juling. Mata saya juling bukan dari lahir tapi kerana accident ketika usia 3 tahun. Tapi lepas keluar dari operation, dengan humblenya saya mula terima takdir Allah dan mula menghargainya. Chihihi dalam diam semangat bila mata jadi juling kerana Adam AF pun juling OMG ADAM AF I LOVE YOU. Takkan nak cakap Kate Moss ke Paris Hilton ke, diorang hot dan lawa gila eh tapi Adam lelaki yang cantik okeh diam iz. Nasib baik Allah tarik satu nikmat dengan menjulingkan mata saja, bukan nya sekali butakan dua dua belah mata. Alhamdulilah.
Tema law fiesta, love, peace and unity memang betul betul dipraktikkan malam itu. Semua part one part two part three semua love each other, united sama sama dan ini menimbulkan peace sangat sangat ketika law fiesta dijalankan. Tahniah! *two thumbs up, dua ibu jari dinaikkan.
Persembahan lain memang terbaik. Zapin comel gila semua kecil molek ada bunga besar besar macam Saloma ke Zaiton Sameon ke dalam cerita lama lama warna hitam putih, Franny dengan Tyqa gabung tenaga woh woh macam ziana zain dengan siti nurhaliza lepastu persembahan Alhamdulilah rap dari Lutfee, Mawi dengan Faliq comel gila habis suara I menjerit "i love u guys i love u guys," Juga persembahan Senior DIDE Maulana dengan Wan yang jazzy betul siap dengan latar belakang gendang macam lagu dalam album, sumpah mengasyikkan. Tak lupa fashion show Vincci dan Busana Muslimah, dah takjadi Vincci pun sebab terlampau stylo sehingga Vincci pun boleh kelihatan seperti Jimmy Choo. Dan ketika persembahan saya, saya terberhenti menyanyi sebentar kerana garu hidung, dan sesetengah penonton pun sambung jerit, "Woih balik ah, nak nangis lah tu nak nangis lah tuu," Lepastu saya sambung menyanyi kerana obses mikrofon sama seperti pernah berangan botol shampu sebagai mikrofon dan penyapu sebagai gitar ketika mandi dan menyapu bilik seminar, haha dah lah tak tahu malu ,tak reti nak turun pentas, orang dah cakap juling pun masih selenga. Tengah tunggu orang baling tomato untuk mendapatkan rawatan facial tomato percuma sebenarnya. Chihihi.

Bersiap sebelum Law fiesta.
Bukan saya tak tahu siapa yang jerit jerit tu. Clear sangat. Tahu yang mana. Yang hensem, yang nampak pandai, yang memang pandai, yang baik hati, semua yang ada lah ciri ciri berguna dan baik sebagai manusia. Walaupun semua nya ada cacat cela sendiri, tapi waktu itu tiada cermin lah, Kalau law club ada peruntukan wang yang banyak, kemudian mampu menyewa beribu ribu cermin untuk diletakkan di sekeliling penonton terutamanya sekeliling penonton yang hensem pandai segak tampan cerdik cergas sihat ini, bagus sikit. Biar lah mereka tiada masa nak umumkan cacat cela saya sebab cermin ada depan mata mereka jadi sorang sorang mampu mengamati keindahan wajah sorang sorang kan.
March 27, 2009
Annoying mouse, go away.
Terasa juga aku nak delete blog ni kan. Tapi orang kata aik-baru-kene-gertak-sket-dah-melenting. Aish pelik seh dia boleh tau nada suara aku ketika menulis blog. Suke hati dia je nak cakap aku tengah melenting. Lagipun kesian Hanis dan Wani dan Tina dan Nabil dan Izzah dan Ily dan Ama dan Saza dan nono dan okeh okeh aku nak tulis nama semua kawan dan pembaca kesayangan memang sama macam hafal jalan Add maths Indices lah kan.
"Sedih gila kalau kau dah takde. sehari kau tatau berapa kali aku klik blog kau, tengok dah update ke tak. kalau tak update pun, tengok kau reply komen pengomen kau pun jadi lah. KALAU KAU DELETE, JANGAN BIAR CINTA INI DATANG LAGI. Tsk T_T weh kau adalah setabah-tabah bestfriend. jangan hampakan i," Spongebob said in an email tsk, *peluk.
Lagipun mama kata, kalau ada orang mengumpat dan kutuk kita, serta mengutuk ciptaan allah dan paras muka yang aku ada sekarang, kira kalau tengah period ni, tak semayang pun tiba tiba boleh dapat pahala percuma sebab cemuhan orang. Jadi, takpelah, tak jadi ah aku nak delete.
Tapi, ya. Anonymous are not allowed anymore. Lepas ni boleh lah hantar surat layang dekat aku pula takpun belikanlah layang layang ke hantar dayang untuk urut betis kaki ke afdal juga.
March 26, 2009
Jangan main curi tuala.
Hari ni, akhirnya Saza, teman sekatil (ha ah sekatil, i penakut, so satu katil single tu kena share dua orang) memperbaharui juga style rambut dia okay, semua sebab law fiesta, jadi hair style mesti mau baruuu.
Kemudian aku mandi, untuk menenangkan diri. Aku masuk dengan kaki kiri, aku dah mula rasa tak sedap hati. Tapi jam baru pukul 6 petang, pontianak biasanya pukul 7.36 malam baru dia keluar rumah. Aku pun beranikan diri mandi sorang. Dengan berbekalkan conditioner baru dibeli tadi, sambil shampu, aku baca label belakang conditioner. Hobi kan baca semua label belakang lama lama, biar lepas habis baca terus bilas rambut okay apesal aku keluar tajuk. Lepastu aku dengar bunyi humming. Macam humming yang Maya Karin selalu buat dalam Pontianak Harum Sundal Malam. Takkan lah Maya Karin nak aniaya aku, aku baru je beli conditioner Loreal ada muka dia depan botol. Bila aku pejam mata, tengok tengok tuala dah hilang. Aku berselawat ke atas nabi. Dengan ayat kursi tapi kan tengah period jadi kena baca dalam hati. Ceh wah padahal kalau tak period pun tak boleh baca sebab dalam tandas. Aku tunggu beberapa minit bila pulak spender aku nak hilang. Tiada tangan pun yang mencapai. Kemudian aku bayangkan sekali tangan berbulu yang hitam kuku panjang akan capai spender aku. Tsk tak boleh tak boleh, aku pun berdoa pada tuhan dengan niat lepas ni masuk tandas, aku akan hafal doa tandas dan mulakan dengan kaki kanan. Dahlah orang cakap kalau period, doa sukar dimakbulkan. Kot kot lah jugak mana tau ada floormate tak suka aku menyanyi lagu Rahmat ke masa mandi. Nasib baik lah juga aku tak pernah basuh lagi tuala tu sepanjang sem ni. Siapa yang gatal gatal tengah malam niiiii...
March 25, 2009
Entry minta maaf, AGAIN.
So yeah, after done checking every single entry in my blog, i don't really get it which part that actually had caused them to burst and i am very certain that i have never ever posted on anything about the Part 3 pre lawrians, because blatantly, in this campus, you guys are the seniors among us pre law family, not to mention the eldest. You guys know better. More experienced and should get respect from us juniors. Hence, i am very sorry if there is any misunderstanding occurred while reading my blog. Please, as prelawrians, we have not many friends and sometimes hated by other courses. So, i don't want to start a fire among us and never intended to.
There is law fiesta coming up, i'm hoping you seniors won't boo me or throw any durians and tomatoes when i'm up on the stage as the last performer. (cross fingers)
Pi. es : Oh and yeah, if you are reading this, please leave a comment on what have i done wrong so that i knew what i should have known by now. And please don't set to anonymous, i really want to know who you are.
March 24, 2009
Jangan biarkan cinta ini datang lagi.
Bagi sesiapa yang tidak mengikuti blog ini *tsk, sila kelik sini untuk cekidaut siapa bunyamin dan macha yang dimaksudkan.
Selepas Bun Ya Min dilahirkan dan sebelum mata mereka buka pun aku dan konco konco telah bersepakat membawa berkat untuk menampung kos penjagaan makanan diorang sekeluarga yang tiada suami atau bapa. Al-maklum lah Macha kan ke janda, nafkah pun tak cukup. Jadi sebagai saudara Islam kena lah bantu membantu.
Sehingga lah yang kecil molek tiga ekor haluih muluih ini menjadi besar dan walaupun masih haluih muluih, tapi dah pandai buka mata dan panggil "mama macha". Takpun, "macha, roti banjir satuuuu,"
And the big momma, Machaaaaaa.
Usaha nak beri susu penuh kerim paling berkualiti, setiap hari turun dining ambil lima kotak susu dutch lady lepastu kerat setengah supaya mudah diminum.March 19, 2009
Kini orang gemuk mampu kurus dengan mudah.
Aku curi-curi pakai jeans Zara kepunyaan Ama. Ama yang 43 kg. Size 0. Tapi sekarang dah size 2. Size 0 hanya mampu ditulis sebagai sejarah biodata diri untuk about me Myspace. Ternyata berjaya! Aku adalah size 2. Tsk, terharu kaki begitu kecil walaupun berat badan adalah 48kg. Tapi kalau dibundarkan, jadi 50kg. Matematik memang annoying.
Baru aku teringat, yang rupanya impian aku untuk berdiet dari tahun 2004 belum tercapai. Jadi, tiba-tiba jadi semangat nak sambung impian ini semula. Banyak alternatif yang aku fikirkan. Makan satu kali sehari, bersenam setiap pagi, buat bicycle kick ketika memakai seluar, bergayut telefon bersama tersayang sambil lompat kijang, sembahyang lebih dari 5 waktu (aicehh) sehari semalam, dan lain lain lagi.
Last-last aku dapat juga cadangan yang paling mudah. Beli pil diet sebijik=Rm3. Pil yang berfungsi begini. Kau makan sebiji dalam dua hari. Lepastu nanti akan kentut banyak kali. Semasa kentut, bukan bau saja yang keluar, angin pun keluar, tapi minyak lebih banyak keluar. Jadi, semua fatty acids akan keluar melalui buntut ah. Buntut people buntut. Aku tak pernah praktikkan lagi. Tapi kawan aku pernah. SEMESTINYA TIDAK BOLEH SEBUT NAMA DEKAT SINI SEBAB KITA SAMA-SAMA HENDAK BERJAYA GEHEHE. Tiada unsur sabotajing.
Lepas makan pil kentut minyak, aku pasti kene berhati-hati. Kena selalu pakai pampers. Supaya tak bocor. Kalau bocor sebab uzur/pre-menstrual tak mengapa. Tapi bocor lepastu nampak telus/transparent, memang jatuh saham lah doh. Tapi yang pasti, kulit buntut pasti tidak mengalami ruam atau masalah kulit kering sebab sentiasa mempunyai lubricant semulajadi.
Aku rasa cara ini akan berjaya. Lepasni takpayah lah aku nak susah-susah bazir duit tong minyak bila outing lagi, kentut saja keluar satu liter (harapan). Memasak pun senang. Tak perlu beli minyak masak. Oh my god, kentut je lepastu pakai minyak kentut untuk goreng telur, blergh gila macam makan kentut sendiri. Aku rasa mungkin ini yang dimaksudkan dengan simpulan bahasa Makan Angin sebenarnya, makan = eat. Angin = buang angin = kentut. Gila deep kan aku.
March 14, 2009
Apa yang semua mahasiswi perlu buat sebelum meninggalkan universiti.
Oleh kerana aku dan geng tidak dapat mengikuti lawatan ke mahkamah, palace of justice, yayasan dan segala jadah semua benda yang ada kena mengena dengan kursus undang-undang pun nak dilawati, maka tinggallah aku dan geng dalam bilik yang tidak seberapa nak dicomparekan dengan korang yang pergi lawatan duduk dalam Hotel Mais (Mak Iz) yang mempunyai penghawa dingin 24jam dalam bilik, masterbed yang empuk dan selimut yang tebal tsk, jamban duduk (apa? kini jamban pun boleh duduk?!) disertai cermin tandas yang disaluti emas palsu, seterika yang bak kata Warith, seorang pakai sesaat sahaja kerana terlampau panas dan berat maka aktiviti mengseterika adalah cepat wtf. Dan lain lain.
Tapi, korang semua memang kena admit lah kan yang tanpa kitorang, lawatan tu sedikit bosan, sebab kenapalah setiap jam korang nak call kitorang dalam bilik walhal u guys are smelling heaps sense of so-called civilization kat sana kan kan kan.
Dan oleh kerana itu, aku dan geng telah datang dengan idea yang brilliant untuk menganjurkan lawatan sendiri.
Apa yang semua mahasisiwi perlu buat sebelum meninggalkan universiti? Teka teka. Peka peka. Woh woh peka form 5 SPM takot takot. Oh, by the way, semua junior I yang dapat straight As dalam SPM, congratahniah! Yang dapat unstraight As ; left or even right or maybe lesbian or even gay haha inner joke, Congratakziah. (Get it? straight. Bisex. Gay. Les? Apehal aku nak explain sekarang)
OKAAAAYY MOVING OOONNN,
Tepat pukul 2.30 pagi, aku dan geng seperti biasa, online sambil petik gitar atau makan atau tengok DVD atau mengaji aiceh dalam bilik. Tiba-tiba, apek called. Bermotifkan nak jealouskan kita semua. Jadi selepas letak telefon, idea gatal mula datang, mungkin kerana suhu yang sejuk barangkali :
Cuba kau lah buat pilihan. Apa benda yang perlu setiap mahasiswi buat sebelum meninggalkan alam universiti?
a) Main bunga api depan rumah staf.
b) Main bunga dalam taman bunga.
c) Main bunga dekat asrama lelaki, Malinja.
d) PERGI MALINJA SAMBIL BERPAKAIAN TIDUR WOFF WOFF.
DAH LAH WEH DAH LAH, TENGOK PILIHAN JAWAPAN PUN TAHU MANA YANG TEPAT, MESTILAH B EH TAK TAK, MESTILAH D.
Berbajetkan hot pants tidur dan baju tidur jarang dan plastik sampah hitam untuk menutup muka, dan untuk aku, serkop anak tudung putih yang dipotong di bahagian mata gehehehe untuk dijadikan topeng pencuri, gila cool kan, orang takkan tahu siapa yang gatal buat rombongan tengah malam lepastu pakai serkop kepala sebagai penyamaran.
Kalau dah niat memang nak buat salah, kucing berjalan pun kau sangka Mak leha mengigau atau sleepwalking. Tapi sumpah aku takut. Kenapa kawan kawan aku begitu berani nak ikut jalan yang belakang asrama yang depan hutan belantara pernah ada kes 2 orang budak hilang kena santau tu?! Siap ada tapak construction yang gelap gelita kalau pocong tergantung pun kau tak perasan. Tiba tiba lah malam tuh jugaklah terdengar serigala menyalak lah, angin bertiup kencang lah, bau angin kurang menyenangkan sebab angin keluar dari buntut lah. I baca ayat kursi 800 kali pun jantung berdegup kencang.
Dah sampai Malinja, rasa bangga sebab keberanian yang sangat tebal dapat melalui semua bahagian kampus yang menakutkan dengan mudah. Woh. Malinja. Umpama zoo taiping tak pernah diberi makan. Atau diberi perempuan. Takde perempuan pun, melalak-lalak. Dasar tidur pukul 6 pagi, Subuh masuk, pura-pura tak perasan. Tiada siapa pun yang sedar kehadiran kitorang. Baru nak pasang flash kamera untuk ambil gambar bukti pakai baju tidur depan Malinja, tiba-tiba spotlight Pak guard terpasang.
Terus aku angkat kaki pecut 100m, dah lama tak lari ingatkan dah pancit, sekali malam ni tiba tiba kaki masih kuat tsk. Aku lihat, ily yang digelar Batista 250kg pun lebih laju dari semua orang kurus yang ada semasa itu. Yang tidak boleh lari kerana berbadan Rikishi cepat cepat sorok di belakang tiang elektrik. Tapi masih kelihatan sosok badan, pelik.
Tiba-tiba pak guard menjerit pakai pembesar suara yang ada di kereta, " YANG 6 ORANG TU, BERHENTI, APA TENGAH TENGAH MALAM DATANG MALINJA," Dengar suara Pak Guard lagi laju lah semua berlari, Masa itu aku tak fikir, ada pocong dekat sebelah ke, nak masuk hutan belantara ke, kena lalui constuction site seorang diri ke, tiba tiba aku tak takut langsung.
Nasib baik tak dapat ditangkap. Walaupun percubaan pertama gagal, tapi pastinya aku dan geng akan buat lagi. Memang bodoh dan keanak-anakan, baru lah prison break kaaannn.
P.s (playstation) : Korang memang kena belanja kitorang lepas balik lawatan nanti, sebab semata-mata kitorang sayang pre law lah, maka sanggup meninggalkan lawatan untuk mewakili pre law dalam perlawanan futsal antara fakulti. DAPAT NOMBOR TIGA TAU. BERKAT DATANG MALINJA SEHARI SEBELUM PERLAWANAN MUNGKIN. Tapi aku memang tak sukalah kalau lawan futsal ada pengkid hensem, tiba tiba i nak cover ayu.
March 3, 2009
Aku sudah tidak tahan sabar lagi
Setakat ini, aku tak rasa pun blog aku ada unsur lucah atau kurang ajar. Kalau ada pun mungkin sedikit ah bukan setebal bulu kaki. Dan sejak post yang pertama lagi, aku dah cuba membaik dan mengsopankan diri dan bahasa untuk jaga hati SEMUA pihak dan pembaca yang disayangi. Hakikatnya keadaan masih sama seperti dulu. Peti e-mel aku dan beberapa komen yang berbaur sial dan tidak diapprove masih berbaur sial.
Padahal aku tak rasa pun komen-komen tu ada kena-mengena dengan entry-entry aku. Macam nanti tiba-tiba ada orang komen, "Pakai je tudung tapi perangai macam pelacur," atau "Kau tuh dah lah berhijab, janganlah asyik nak mengutuk orang," atau "Kau ingat kau lawa?!" atau "Cetek betul pemikiran orang muslim bertudung macam awak ni,"
Haha ada ke aku offer servis melacur atau ada ke aku kutuk orang dalam setiap perenggan entries aku. Takpun ada ke dalam setiap gambar aku kapsyenkan, "Fuyoo lawa nya lah aku ni," Atau ada ke aku bermain di sungai yang cetek? Oh aku faham mungkin pemikiran cetek yang dimaksudkan adalah sebab aku suka membodohkan ayat sendiri kot.
Tapi aku rasa mungkin sebab aku bawa imej bertudung jadi assumption orang dekat aku mestilah kena jadi muslimah yang alim, bersopan santun, lemah lembut, lemah longlai, lemah gemalai, lemah batin eh tak tak. Sebab kebanyakan komen mesti ada selit pasal tudung. "kau tuh pakai tudung, kau tu bertudung, dah lah pakai tudung, pakai je tudung tapi taknak pulak pakai tudung saji haha dan etc,"
Okeylah, lepas ni aku akan jaga tata tertib, walaupun aku rasa aku dah jaga lah kot selama ni. Okey kawan-kawan, kitew berjumpe lagi di next entry yang berikutnya okaaay, jangan nakal-nakal nanti mama marah. Jangan rindu Yani (Nama penuh : Izdiyani) ya semua, belajar rajin-rajin, mari menderma wang ke tabung palestin. Derma lah darah sekali. Derma pakaian yang rasa-rasa kamu semua tak pakai lagi tu dekat bundle Yani dan teman-teman. Hihihi selamat malam, jaga diri, bawa kereta perlahan-lahan. Jangan lupa berhenti jika mengantuk dan ambil kesempatan minum kopi percuma di Mesra berdekatan. Jangan lupa pam minyak dengan sopan. Jangan lupa beratur dan bayar dua puluh sen untuk masuk ke tandas awam okay semua. Daaaaa ~~~~~~~
P.s (playstation) : Oh, kepada pembaca yang disayangi yang pernah request untuk aku postkan bagaimana hendak memakai selendang, sebenarnya aku bukan nya kedekut ilmu atau taknak share atau nak simpan sorang-sorang ke apa, tapi aku masih was-was lagi samada hendak post tentang selendang ke tidak sebab walaupun ramai yang meminta, tetapi ramai lagi yang mengutuk macam weh-kau-ingat-kau-pakai-selendang-lawa-sangat-ke-dahlah-semua-orang-tahu-lama-dah-kau-sorang-baru-hegeh-hegeh-nak-pakai dan sebagainya. BERSABARLAH. (tone bersabarlah macam nyanyian karaoke lagu raya Aishah yang suruh kekasih dia bersabar menanti kepulangan dia di hari raya.)
March 1, 2009
Tiket pertama ke lesen kenderaan.
Dan ama sangka aku takde taste untuk pilih yang paling comel. Dia jangka aku akan masuk ke dewan dengan berkasut pengecat rumah yang rabak dan ada banyak cat sudah melekat.



Balik lepastu, aku rendam kain. Walaupun aku dah separatekan yang warna luntur dan yang tidak luntur yakni warna putih, aku masih dapat hasil yang mengecewakan.
Alolololoh, memandangkan Macha telah melahirkan 3 ekor anak kucing dan kalau Bunyamin terbaca entry ini, pasti dia sedihkan sebab dia pun tolong kitorang dekat kedai bundle tapi mengapa nama kucing adalah sempena nama Macha sahaja?! Maka tiga tiga ekor kucing itu dinamakan Bun, Ya, Min. HOW DAMN CUTE IS THAT?! *terharu ada otak bernas.
1. Anda rase anda HOT?
= Aku rasa kakak depan bilik belah kanan yang selalu berkemban pakai tuala dan tidak suka senyum itu mempunyai kulit yang hot. Patutlah aku lebih gemar berkemban kebelakangan ini. Tapi dengan kain batik mak ama.
2. Upload gambar kegemaran anda.

3. Kenapa anda suka gambar ini ?
Sebab masa itu aku sedang buat muka taknak tong duit minyak dekat Adam.
4. Bila kali terakhir makan pizza ?
Kalau tanya bila kali terakhir makan pun sudah lupa inikan pula pizza. (sebab setiap saat pun makan, eh ter explain.)
5. Lagu terakhir yang anda dengar ?
Atap bilik bergoncang. Nak hujan ah tuh. Eh atap itu lagu juga kan?
6. Apa yang sedang anda buat selain dari buat tag ni ?
Baru selesai garu tengkuk.
7. Selain nama anda sendiri, apakah lagi nama yang anda suka orang paggil anda ?
Iz, Koni, Konek(lucah kan mereka, i know), Patrick, Jack sparrow, Peacock, Halim, Neneksz Brutalsz Gue~~ wtf.
8. Tag lagi 5 orang:-
** wanoy
** Pak Ad
** ikhwan chong
** adam
** Haswira
9. Siapa no 1 ?
=kawan baik aku, balik nanti teman aku cari ankle boots bebeh di jalan telawi.
10. Siapakah orang no 2?
=pak guard uitm yang malam malam bekerja sambilan menjual nasi lemak dengan asam laksa dekat kolej perempuan dan diwakili anak dia.
11. Orang nombor 3 ada hubungan dengan sesiapa ?
=yang pasti, bukan Batista gehehehe.
12. Bagaimana pula dengan orang nombor 4 ?
=baru beli henfon sony ericsson Xperia ke ape ntah nama dia aku lupa.
13. Kata sesuatu berkenaan dengan orang number 5.
=lecturer law paling comel nak mampus. ADA KE DIA IKUTI JALAN PERCINTAAN LINDA ONN DENGAN FAHRIN AHMAD?! YA ALLAH CSDJVKLASDV COMELNYA.