July 30, 2009

Rabu yang rock.

Benar, pagi ini terpaksa bangun pagi lagi. Sebab rehearsal performance collaborate dengan kindergarten children. You see, you see, there is this Youth Community Launching event will be executed in August and I telah dipaksa (cehwah dipaksa kepala hotak kau) untuk perform for the opening. Dan memandangkan event ini merangkumi youth, maka, perwatakan kanak-kanak harus digunapakai, jadi tadika dari Damansara akan sponsor kan koir kanak-kanak untuk menyanyi bersama-sama I for acoustic performance nanti, awwww. And what even more awww-er, the song will be Heal the World (MJ), bayangkan kanak-kanak symbolize global peace nyanyi depan kau orang sekarang. Comel kan? Kan? Kan? CAKAP JE COMEL. So I said yes, since I hanya perlu iringi koir mereka, takpayah nyanyi sekali. TENGOK TENGOK, Fyza kata, "Eh U kena nyanyi lagu Laskar Pelangi by Nidji after Heal the world habis,"

*habis lah kena baling tomato nanti atas pentas tsk.

And since I hanya ada lesen L, terpaksa tarik beberapa rakan kesayangan untuk menemani. Terharu nya tengah-tengah pagi dah hon hon depan rumah I =')

Padan muka kau warith, muka tingkatan satu.

TERIMA KASIH SAHABAAAAT KESAYANGAN, sebab bawa kereta tak makan minyak.



And of course, bak kata Fyza, personal assistant Iz.

Awak gila cool doh, room mate.


Nasib ada Fyza and the geng from UiTM Shah Alam dan ZACK, ZACK, ZACK (hambek kau aku letak tiga kali nama kau) to guide us the way to Twinklekids. Sampai dekat tadika, bapak diaaaaaa punya riuh-rendah. Dengan muka comel loteh molek haluih muluih macam nak gigit siot pipi sorang-sorang. Gegham geghaaaam.





HA TUH TUH! YANG TEMBAM PIPI BESAR TENGAH-TENGAH TU TOMEI GILE, PERSONAL FAVOURITE I DAN SARAH.

Ah sebab tak tahan geram, kan dah zoom dekat-dekat dalam diam. Hambek kau, alololoh. Dia ni mengada, kan chorus Heal the world kena repeat 5 kali kan, bila sampai chorus je, tiba-tiba berdiri lepastu kira kuat-kuat dengan jari sampai 5 kali. Kalau lebih dari 5 kali, nanti pandang aku dan jerit-jerit, "Just now, just now, the chorus we sang (sambil tunjuk 8 jari) eight times, kakak!" Aaaaaaaa.

Ya allahhhh yang ini hensem gile mata dia sumpah bila besar ada potensi jadi lelaki gatal bermata seksi haish. Dahlah favourite aku juga sebab dia hafal lirik penuh.

Aku dah agak dah Sarah menggatal dekat yang ni, sebab taste sama. Dahlah manja, tumit berdarah sikit taknak nyanyi woh.

Dah ah, sengaja nak kasi spotlight dekat yang paling disayangi huehue. Dekat sini je dah nampak kakak Iz bias.


And after the hectic rehearsal dan thaaaank-you-kakak-Iz, cepat cepat kitorang berambus pergi Pyramid untuk makan.

Wajib bergambar satu pose poyo.

Hape susun udang sekor-sekor atas roti lepastu terus jadi sandwich udang nih?! Berterabur I makan tsk.


*i know someone will be teruja to see this. Ehem ehem.

Dah, dah. Dah cukup dah kau gelikan semua orang Iz.

Bye.

Pi es : Adam, hepi befdei, hidup gay!

July 28, 2009

Kerana internet rosak di rumah,

I bangun pagiiiii sangat hari ini, dan mandi. MANDI okay. Sekarang kan cuti seminggu, biasanya bangun pagi sangat untuk sembahyang Subuh.
Bukan untuk sembahyang Subuh dan mandi (+_-)!
Tapi untuk minggu ini I kena bangun sangat pagi dan mandi, ceh untuk seminggu ni je benda bangun-sangat-pagi-dan-mandi ni jadi isu, nanti dah start kelas balik, mandi pukul 5 pun sanggup sebab traffic jam dalam toilet.

Like I've mentioned before, I nak buat retainer dekat gigi, for accesory purposes, not for correcting your teeth ke hape benda, sebab wearing braces means lack of eating activities can be done sebab menguyah nanti sakit. When it comes to makan, jangan mess dengan gigi. Makan adalah syurga. Sanggup tak payah pakai braces sebab kuantiti makan kena lebih dari secukupnya setiap hari gehehehe.
Pagi-pagi lagaaaaay mama Sarah picked me up and we went to her clinic which is sooooo cool, she's a dentist and she would check my plaque and cavities. Aku dah lah tak pernah suka pergi klinik gigi, kalau pergi mesti menangis atau mati atas kerusi. Especially the scaling part T_T BAPAKKK DIAAA geli gila ngilu lksmaklcascnmasv.

Berbaloi lah jugak rasa ngilu selama 10 menet =')


And after all the cleaning, scaling and polishing, mama Sarah drove us to Subang Parade and belanja Nando's. I LOVE YOU MAMA SARAH *tumpang kasih sebab dah kenyangkan perut I. And she left us here, sebab according to Sarah, "Kitorang nak study law and iz nak wifi dekat Starbucks, we have plenty of cases to settle for," Diam ah weh, cases ah sangat, padahal nak blog dengan main Myspace.

Bajet je dua dua bawak buku law padahal sekor pun tak blaja. Okay Sarah blaja sikit.

Dan membebel tak habis-habis kat aku, "Dah habis ke beluuum dah habis ke beluuum,"

HAHA MUKA ONLINE SELALU TERUJA MACAM NI.


Okay I have to go now, Sarah dah bising.

Bye.

July 21, 2009

Heloh, heloh.

"Yo Iz ko kat mana?"

"Aku otw balik. Cuti seminggu wohooo! Taknak jemput aku ke bila aku turun pudu nanti?"

"Pudu? Jom lah. Boleh lepak sana,"

"Kejadah kau nak lepak Pudu?"

"Shopping mall baru ke? Aku nak try,"

"Aku taktau aku turun Duta ke Pudu,"

"Duta? Ha apa best dekat sana?"

"Weh gila, Duta tu jalan lah bodoh. Pudu tu perhentian bas, kau nak loitering kat sana buatpe,"

"OH YE KE? Mana lah aku tahu, kalau dah duduk dekat UiTM Shah Alam haram jadah tak pernah naik bas,"


Dang! I miss you already! Come fetch me when I'm home! Supersavers is so lame, 1 hour is not enough to spill each detail about your ehem-ehem and mine. Gehehehe *angkat kening.






**mesti lepas ni kau call aku sebab benci kenapa aku letak gambar busuk muka Form 5, YES. Fyi, tadi pagi dia text suruh tengok NST dengan Sinar Harian, hmph, teruja kau masuk paper bahagian sukan sebab pergi tengok Man U lawan. A K U B E N C I. KAU, FERN, ALAN, BLONG, DAH DAH SEMUA AKU NAK BENCI WALAUPUN TAKDE KENA MENGENA.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Yes, I can't wait to get home, and see my new bedroom with large windows painted in white, dalam kata erti lain, lebih mudah untuk sneak out atau lepak atas rooftop main gitar kalau jiwang. Aaahh..

But while counting the days passing by, I'll have to get through two tests which are clearly dulu ada 5 hari untuk belajar tapi telah disia-siakan dengan aku-pun-taktahu-apa-sebab-bila-congak-balik-bagaimana-120 jam-telah-dihabiskan-begitu-sahaja.

Luckily, there's Chu who's willing to help out by studying law with me, eh tak, more to giving answers gehehehe. Dan Ily dengan Sarah sayangs yang setuju untuk I duduk in between mereka masa Econs test supaya boleh copy nyehnyehnyeh.

This and more these for sale ;

Memandangkan I ada 6 helai selendang sahaja tinggal untuk dijual, sebab sebelum ini, ada 11 helai, tapi telah dibeli secara pukal oleh rakan se-UiTM (tunjuk tanda bagus sebagai penghargaan), maka I malas ah nak buat photoshoot hanya untuk 6 helai selendang. Takde time lagi. Dahlah bukak buku pun belum. Jangan contohi dia ni, nak buat bisnes tapi banyak dalih. Huh.

01. RM 30 (booked ayuni)

02. RM 30 (booked aza)

03. RM 30 (booked aza)

04. RM 30 (booked farah adiba)

05. RM 30 (booked aza)

06, RM 30 (booked ayuni)


Tengok betapa malas nya I sebab wireless lambat, sampai nama-nama selendang pun hanya dinomborkan sahaja. Jadi, sesiapa yang berminat, seperti biasa, e-mail I ke Izdiyani@yahoo.com, sertakan nama penuh, alamat, nombor telefon, serta nombor selendang yang hendak di order. Siapa tak ikut arahan, dia mati. Oh, kualiti jangan cakap, I gerenti terbaik, sebab yang ini, I yang pergi pilih, jadi I dah tengok siap-siap material dia, dan I dah jual beberapa dekat kawan UiTM secara depan-depan. Ingat senang ke nak jual face-to-face? Low self esteem dan boleh peluhkan ketiak, tahu? Tapi dengan kehadiran stok selendang kali ini, peluh pun hilang! Haha, macam lepas ni kalau pakai selendang I, takpayah beli deodoran pun hidup bahagia. Dah lah apa aku merepek ni, bye kau orang. E-mel, E-MEL! *paksa.

July 17, 2009

Mama , I'm pregnant.

Ever since we knew about this one senior in front of my room got pregnant, suddenly this whole bunch of getting pregnant and dizzy and vomiting and stuff started to fill each of our brains especially Sarah. Dia dah start lukis anak sendiri pakai paint -_-!

And after mingling around with some of my part 1s, aicehceh mengaku my part 1s. Like Nina, Natalia, Hani and ZALIKHA. Yes, it's the zalikha kawan hanis yang ada blog juga tuh. Dia junior I dekat sini =') And zalik, if you're reading this, you so owe me a milo tabur dekat foodcourt man haha.

Bila diorang blah je dari bilik I, Emi had this thought of visiting kakak senior bilik depan yang pregnant. Before this, setiap pagi dengar dia muntah and we're scared if she's sick or anything so kitorang pun beramah mesra dengan dia.

Masuk bilik dia and interviewed dah berapa bulan, bila kahwin, gambar suami, siapa suami. And the best part was, she's married to this one Dubai-ian guy weh DUBAI KAU TAHU TAK KAHWIN DENGAN ORANG ARAB YANG HIDUNG MANCUNG, MATA BIRU KULIT WELL SUNSET-TANNED, KALAU ADA ANAK BARU PAN ASIAN TULEN BAI. DAH LAH TINGGI DAN BERGAYA DAN KERJA HEBAT, ADA RUMAH DAH BELI SENDIRI DAN KINI BABY DALAM PERUT UMUR 3 BULAN 2 MINGGU AWWWW

AKU NAK KAHWINNNNN!


Okay, no. I want to skip the marriage part and the delivering baby part. I nak terus mengandung, lepastu perut membesar, nak beli banyak baju maternity yang comel comel bergaya biar orang kata woh mengandung tapi stylo siaaak. Bila dah 9 bulan, tak nak beranak, sebab sakit, nak tidur lepastu bangun je terus ada baby dekat sebelah, AWWWW tsk,

Kalau mama baca mesti dia hantar sms panjang-panjang ;

Eh-gatal-punya-anak-dara-belajar-pun-tak-habis-lagi-dah-nak-ada-anak-padahal-dah-19-tahun-pun-main-barbie-lagi.

Haish, jealousnya. When the pregnant kakak was telling us stories on her love life and all, we were listening with our dropped jaws widely opened until the fly also can come inside and bertelur. Punya lah sekor-sekor terus diulami mimpi, bajet kalau tidur dengan kakak tu malam ni, nanti anak dia dalam perut boleh transfer pergi perut kitorang. We're insane.

This is insaner. Lepas habis story telling, terus masuk bilik and pretend as if each of us got pregnant and have our own Maternity's Club. Siapa nak join, ambil borang, terima kasih.

July 16, 2009

Habis pun kuarantin.


Selepas dikuarantinkan di dalam bilik yang tidak berpenghuni selama dua hari, I pun dilepas kan, sebab alhamdulilah, result H1N1 adalah negative. Perasaan masa kena kuarantin sumpah hina gila. Nak pergi tandas pun seorang, makan pun seorang, lepastu tidur, bangun, tengok sekeliling bilik, kosong. Tidur semula, bangun, kosong lagi, cakap sorang-sorang, main gitar, nyanyi, tengok luar tingkap, tidur. Bangun, and the same thing goes back again and again. BOSAN GILA, HANYA HANDPHONE JE YANG TEMAN AKU.

Nak borak dengan kawan pun dengan bergayut. Padahal kawan adalah roommate sendiri, tsk sepinyewww hidup, macam banduan. Naik bengap kepala hotak aku.

So, after dah boleh keluar dari sarang kuarantin, kawan-kawan I pun datang dari UiTM yang jauh sekali dan jemput I dekat hospital. And, since all my sahabat handai 4 orang (Sarah, Ily, Ama, Emi) dah ada semua simptom H1N1 dan mereka gerun jadi sengaja nak buat check ups sekali, jadi diorang pun pergi lah ke kaunter hospital untuk daftar kan diri untuk check je. Lagipun ada booth check up for H1N1 depan hospital tu, tak salah kan nak try?

So, diorang pun went and asked the jaga kaunter dua orang lelaki perempuan untuk daftar. And dia kata, yang demam je boleh check. So diorang argued on and on sebab masing-masing concern takut mati, lebih takut dari aku yang kena kuarantin ni, padahal aku rilek je macam dah pasrah pun ada.

But sadly, the penjaga said, "Korang kalau sakit macam ni, pi balik tidoq ja nah. Kalau kena langgaq dengan treler ka truck ka baru mai sini," diikuti dengan gelak ketawa sindiran perempuan sebelah. Erk, okay.

Time tu, Sarah's mom's friend, who is a doctor as well yang kerja dekat hospital tu ada diri sebelah kitorang and so, doctor tu tanya, "Then, kenapa booth H1N1 check up ada dekat depan hospital? To inflict harm ke propaganda?"

"Oh kami nak jatuh kan khemah tu dah pun, dah nah, pi balik,"

Pergh kesian sial kawan-kawan I dah lah penat datang jauh-jauh kena treat macam ni, even doctor tu pun support kitorang.

BUT NOW I AM GOOOOODDDD, DAH KELUAR MAKA TERUJA, LEBIH SIHAT DARI SEDIA KALAAAA. Bila declare dah boleh keluar, terus kawan-kawan kesayangan bawak pergi makan seafood yang sangat murah dan sedap tsk.

And going back to my own room in UiTM had never been this great. Walaupun time aku masuk bilik, aku tengok siapa entah dah letak kan notification sebegini kurang ajar depan pintu bilik ;


Ugh, H1N1 is sooo yesterday. Tadi mama Sarah baru sms, there's a new disease that is much more deadlier than H1N1. It's B1N1. Semua pergi google sekarang.

July 15, 2009

Takpayah baca.

Pulang dari kampung halaman di Indonesia, tak semena-mena I terskip program LDK dan Law first test. Lepastu terus dihujani, YA DIHUJANI, bayangkan pulang dari keindahan kampung, terus balik UiTM banyak gila bahbi kerja dengan assignment dengan longgokan ilmu yang belum I siapkan lagi, terhegeh-hegeh tanya semua orang apa updates baru, apa lecturer suruh buat dan ee ti si (etc.)

Penat. Dengan nak poskan order selendang lepastu jealous tengok sahabat handai lain gembira buat video klip murah dalam telefon bimbit sendiri tengah-tengah malam, memang menjengkelkan sebab diorang pergi bilik sebelah ber hoo haa hoo haa dan aku dalam bilik study law sebab belum ambil test dan Khamis ni akan ambil sorang-sorang jadi tak boleh bawa toyol. Oh jadi seeeelama ni ADA BELA TOYOL LAH YE? Diam ah iz.

Dengan next week ada test econs, ceh nak jugak kasi pembaca stress sama fikir betapa stress dan tebalnya eyebags I sekarang. Memang lah sebelum ni tebal tapi sekarang tebal lagi. Pfft. NASIB BAIK 23HB CUTI SEM. Dah siap siap beli tiket kereta api yang ada katil supaya sepanjang 12 jam perjalanan boleh tidur, first time naik kereta api balik Subang *bangga bangga.


Dan fikirkan I nak pasang retainer dekat gigi bila balik cuti nanti. YE, AGZ SEKALIAN. AKU NAK PASANG RETAINER. Aku tak kisah kau orang nak kata bodoh iz membazir tak reti bersyukur gigi dah lawa nak pakai braces, bebelan yang samaaaa dari dulu. Tapi sebab mama Sarah a dentist, and aku pun nak nampak comel macam korang weh, tapi sebab dentist kata, no need braces, just retainer terus nyehnyehnyeh, ADA CHANCE NAK COMEL MACAM KORANG, YAAY.

Anywaaaay, dengan ketidaksabaran I mahu pulang ke Subang dan lihat bilik tidur baru, I harap I tak akan jumpa makhluk satu badan banyak kepala yang hangat diperkatakan dalam surat khabar sekarang. Nampaknya makhluk comel itu telah dinampak di Subang, Bukit Jelutong, dengan Bukit Bintang. Tak caye, baca surat khabar. Semua penduduk tiga-tiga tempat ni dah boleh gerun sekarang. Jangan buang sampah tengah-tengah malam, jangan mengada nak rasa teruja lepastu salam dengan dia, jangan nak sengaja test-test buat kostum yang ada banyak kepala pastu pakai sendiri sebab nak declare makhluk tu dah sampai tempat korang, JANGGAAAN.

Tapi dah kalau dasar penakut tu, makhluk size macam mana pun akan buat aku pengsan, macam semalam, masa I tengah raba raba cari klip kertas dalam drawer, tiba tiba ada something crawling in black colour with yellow dots on it. YELLOW DOTS? Dots are so disgusting, kalau atas badan insects, tapi kalau baju, takpe. Jadi, jeritan yang kuat dan lari 100 meter sepanjang floor dorm adalah wajibulghunnah, malunyeww.

Terpaksa call Emi (yang paling berani deal dengan lipas) yang baru balik dari practise debate, untuk keluarkan lipas yang ada dalam drawer tu. Despite of the fact yang padahal kitorang 4 orang dah spray satu botol Ridsect sampai habiss untuk satu drawer tu je. Menangis haku semua barang muka macam mekap dan lotion dah disembur pesticides tsk.



Sumpah stress siak duduk sini, tadi ada berapa ekor cali dalam bilik, taknak bertelekung lah pula kan seko-seko semata mata nak protect kulit dari kena gigit, lepastu pegang lighter lompat lompat, NASIB BAIK DAPAT BAKAR.



Bawakan lah makanan untuk I di sini. (Ceh patutnya cakap, get me out of here, dasar nak lagi tembamkan badan yang tembam).

MEMANG DAH TEMBAAAM.

tembam.

tembam.

tembam.

tembam.

tembam.

Sekarang dah boleh tukar nama blog jadi Macham tembam punye. Wohooo.

July 5, 2009

Hari ini hari jadi siapa?


Ingat tidak siapa yang menghadiahkan mata biru ini kepada I? Bila tiada cahaya matahari, warna dia jadi macam di kiri, tapi bila ada cahaya matahari, BARU LAH WARNA DIA WARNA BIRU. LEPASTU NANTI SEMUA ORANG AKAN KATA EH IZ CONTACTS KAU WARNA SILVER EH? BUKAN LAH WARNA BIRU LAH WOOOH WOOOH PENAT AKU BELI EH WANI BELI BIRU KORANG INGAT KELABU.

Ingat tak?

YE KAWAN KAWAN! WANI YANG HADIAH KAN!

Wani, setiap kali aku buka mata dari beradu, aku teringat kan kau, sebab bila buka mata, aku bermata biru, jadi aku ingat kau sebab kau yang beri contacts biru sebagai hadiah hari jadi.

Haha geli gila, padahal lepas tidur bukak mata, mata warna hitam, perasan gila terus biru. Kena mandi dulu, semayang dulu, lepastu cuci tangan baru pakai mata biru. Hoh. Masa tu baru aku ingat kau.

Okeh lah kira setiap hari pun aku ingat kau.

Tapi semalam aku terlambat 45 menet untuk wish hepi befdei pada kau sebab SEMUA NYA SALAH PHONE TUA I YANG TAK BUNYI PUN ALARM DIA. Dah pukul 12.45 baru nak wish. Tak dapat jadi yang terawal. Tsk..


Baru aku perasan yang kita dua tak banyak gambar camwhore bersama, kalau ada pun tidak bertudung, huh. Jadi terpaksa aku letak gambar busuk tingkatan 4 masa debate. Tengok blazer kelabu pinjam kesian aku.



Aku bajet cari banyak gambar sebab konon nya nak buat entri sedih dengan jiwang lepastu diselitkan dengan gambar tapi macam geli gila sia. Maka takpayah lah, kau tengok je lah gambar kita geli berlemoih bersama.




I love you bebeh. Nanti i pos laju kan hadiah you. Poslaju dah lah sampul surat je dah RM 7. Okeh takjadi, nanti aku balik Subang kau datang ambil sendiri haha kwanghajo.


Jadi sebab Wani ni kaya orangnya, selalu menjadi spekulasi kepada kami yang tak berapa berada ni untuk cari hadiah apa ye yang nak diberikan tahun ini? Kalau bagi Vios sebiji, sorang kena share dua puluh lima ribu. Takboleh takboleh.

Jadi, semua orang wajib kasi cadangan hadiah apa nak beri dekat best friend I. I paksa. Sekarang.



S E K A R A N G G G G G !!

*termasuk kau Sarah, pergi duduk depan laptop, jawab kan sekali.

Heh.

July 1, 2009

5 tahun pun reti menggatal.

Benda ni dah lama aku simpan dalam diam. Tapi tak pernah rasa nak cerita pun sebab pemalu heh. Tapi semestinya Hanis dah pernah dengar cerita ni dari aku sebab apa-apa cerita pun nak update dekat minah ni dulu.

Tapi sebab hari tu masa sedang kemas kotak-kotak yang ada banyak album gambar sebab proses perpindahan rumah, maka aku terbuka lah satu album gambar lama. LAMA. LAMA lah kalau dah kuning lepastu ada tompok cokelat dengan tulisan 12 Jun 1995. Kira sekarang dah ada misai ah dulu takde lagi. HOH MISAI? Bukan Izzah je ke ada misai? Sebab nama blog dia misai kusut masai. Cehceh Iz sibuk nak tukar topik diam ah.

Aku terjumpa sekeping gambar dimana aku sedang merampas Tamiya dari budak lelaki yang jauh lebih pendek dari aku. Ok ah sedikit pendek, tipu ah jauh lebih pendek, suka nak berangan lagi tinggi dari sesiapa. Rambut dia macam biasalah budak lelaki dulu kalau bapa dia yang potong, mesti bajet letak tempurung atas kepala lepastu potong ikut bentuk tempurung kelapa. Jadi lah rambut macam helmet. Comel gila. Dan berbaju overall tanpa t-shirt di dalam. Kira kalau sekarang dah umur 19 tahun pakai overall je takde tshirt kat dalam gila gatal mengada. Sorry scanner takde, jadi tak boleh nak scan kan gambar I buli budak lelaki dekat sini. Jadi, terpaksa lah google gambar kanak-kanak untuk kasi korang feel dulu.

EH EH tipu ah, ni comel mana ada buli siap kongsi buku lagi,
lelaki tak rambut helmet pun tapi dua dua pun pakai overall ada tshirt kat dalam.
Muka melayu, tiba-tiba masa kecil sangat Jepun.


Okay bayaaangkan sekarang. Bayangkan je lah. Jadi, masa dia 5 tahun, I 4 tahun. Dia annoying gila. Ke aku yang annoying sebab masa kecil, semua budak lelaki pun aku rasa annoying. Dia suka datang rumah makan nugget sama-sama, kalau I main PolyPocket, dia main Transformers. Kalau dia main Tamiya, I nak main juga, jadi dia mesti kena kasi I Tamiya dia. Tapi, sebenarnya aku tak suka dia sebab dia ahli kelab KFC Chicky Meal. Dulu, siapa ada kad membership Chicky Meal KFC, dia cool. It's a definition of cool. Lepastu dia ada banyak koleksi mainan percuma Mc'D dengan KFC. ANNOYING GILA. Lepastu tiap kali dapat baru mesti lari-lari datang rumah aku dan tunjuk. Mestilah annoying. Sebab tu I tak pernah suka dia. Nama dia Ehsan.

Lawak kan sebab nama adik yang last adalah Ihsan juga tapi ejaan I-H-S-A-N bukan Ehsan. Tapi Hanis selalu eja Ehsan, Ihsan pun selalu eja nama diri sendiri Ehsan. Sebab ikut logik, Selangor Darul Ehsan? Wtf. Dua-dua pemikiran sama.

Tapi, Ehsan goes to the same kindergarten with me. Memandangkan rumah dia sebelah rumah aku je, kami selalu naik kereta sama ulang-alik. Walaupun aku suka duduk sorang-sorang masa tadika, Ehsan selalu duduk sebelah masa tengok Barney yang setiap pukul 2 petang mesti penjaga tu pasangkan sampai kitorang semua terlena. ANNOYING EHSAN. Lepastu masa main plastesin, Ehsan suka curi idea I. Kalau I buat bakul dengan ular, atau ular dalam bakul, dia pun nak buat juga. Tapi memang setiap kali pun I buat bakul dengan ular, sebab tak tahu nak buat apa lagi selain tu.

Ehsan gedik woh. Dia lagi pendek dari I tapi ada hati tulis surat cinta cakap, "Ehsan suka awak,"
Dan I pun akan macam EEEE DAH LAH PENDEK, MAK KITA KATA KAN KALAU ORANG PENDEK BLA BLA all sort of stuff yang mesti start dengan mak-kita-kata-kan.

Suatu hari, mama kata Aunty sebelah rumah nak pindah. Maksudnya I takkan jumpa Ehsan lagi. I bukan main suka lagi sebab lepasni dah takde Ehsan untuk annoy kan hari-hari I nanti. Tapi Ehsan sedih. Masa dia dah naik kereta, dan semua sedang mengucapkan selamat tinggal sambil lambai-lambai, I tengok dari tingkap bilik atas sebab I annoyed kenapa Ehsan nak sedih. Kira semua apa Ehsan buat pun annoying ah dekat mata aku.

Tapi Ehsan tinggalkan Tamiya, lori Transformers, dengan surat "Ehsan suka awak," yang dihiasi lukisan orang lidi perempuan dan lelaki sedang jalan bawah matahari ada gajah dekat tepi wtf.

Beberapa minggu kemudian, sebuah keluarga berbangsa Cina pindah masuk rumah sebelah.

Selama I membesar, I tak pernah ingat kewujudan Ehsan dalam hidup I. Mungkin sebab I annoying dulu, selalu rasa dia annoying padahal diri sendiri yang annoying sampai muka Ehsan pun I dah lupa. Tapi rambut dia I ingat =)

Sekarang, dah tahun 2009. I dah lupa semua. Tiba-tiba, suatu hari, masa I tengah buat grocery shopping dekat Giant, I nampak muka yang familiaaaaar sangat.

H E N S E M - G I L A - S E A - O A T . . .

Itu lah Ehsan.