September 28, 2009

Rayeay yang tak yeay.


Dengan mengetahui study week dan raya week adalah sekali, maka, memang annoying sambil puasa, sambil hafal akta. Sambil jilat balang kuih raya rumah orang, sambil highlight cases (+_-)!

Annoying lah semua orang buat openhouse tapi I sibuk tanya orang balik bila, dah belajar sampai bab berapa. Sampaikan bestfriends punya openhouse pun tak dapat ditandang.

Malam raya pergi berinai macam naik pelamin esok.

SUMPAH RAYA TAHUN INI BEST WALAUPUN DAH NAK FINAL,
SIAPA KISAH BAHH, SIAPA KISAHH.

Benci tau rasa left out sebab theme baju raya tak sama dengan geng, huh.

Kan dah camouflage dengan sofa.

Align Left
I dah dekat UiTM sekarang, baru lah hegeh-hegeh nak buka nota. Baruuuu lah hegeh-hegeh nak lawat pusat sumber. Pusat sumber kepala aku, perpustakaanlah, baru lah nak terperasan rupanya ada juga muka comel baru yang tak pernah perasan dari awal sem. Nak habis sem dah baruuu lah nak perasan. Lepastu carry mark memangggg lah busuk, takpe, semua orang dah calculate pointer sem ini perlu berapa untuk maintainkan CGPA 3.0 boleh sambung pergi BLS. I dah calculate sem ni hanya perlu 1.5 maka semua subjek kena D JADI TAKPAYAH BELAJAR LAH, BOLEH BAKAR BUKU REBUS DALAM PERIUK MASUK DALAM PLASTIK NASI HIMPIT SEGERA NONA.


Tadi class rep kasi test paper Global balik, tengok first 4 pages sumpah perasan tulisan I cantik, kemas, mampu bodek pensyarah, yakin dia lembut hati lihat tulisan pelajar cantik. SEKALI TENGOK LAST PAGE TANG CONCLUSION ;

Dahlah bye. Esok Final exam paper Law. Memang D dalam tangan, memang memang.

September 25, 2009

And here are the photos, bebeh.

It was our very first time to have gathered all the seven of us at one place. Before this, it would always be Aida who screwed up our annual general meeting (AGM) aicehceh, like being absent for redundant purposes macam dating with all her scandals (+_-)! Gatal eh sanggup abandon rakan-rakan handal demi scandal. And this was all well-planned to surprise Wani sayang (00)

WHY LAH MY FACE MUSCLES WANTED TO VIBRATE NOW ENSUING
ME LOOKING LIKE A SOTONG DAH.

Aahh, stern.




***************************************************

Let me strive your sight with some of the snaps before her departure at KLIA, treng, treng...


Sayang mak Wani yang bila jumpa I je pergi cubit pipi I sambil kata, "Comel,"
(00) EHEH. EHEH.


SAYAAAANGGGGG, tsks.

HOMAIGOAT GOD, when can I beat her height?! Throw away your heels sekarang, Hanis.
If not, then too bad lah, aku akan selaluuuu tie up my sanggul higher each day lepastu korang jugak will whine suruh aku turunkan sanggul kerana sering terlanggar sanggul I.

Awww, both of my bestfriends in one photo. Can I ask for more? Can I like ask boyfriend to be included as well? Nyehnyeh, tunggu kau ada boyfriend dulu Iz.

NI BOYFRIEND I. HAHAHAHA. Apesal siot muka aku dah macam expression kau Nabil.


BLADI HEL. THIS IS THE AIDA THAT I'VE BEEN NGUMPATING ABOUT.
*baca ini Aida dan sila kecewa.

Semua punya kesedaran masing-masing. Memang dah terautomatik yang tinggi semua ke tepi.


September 22, 2009

Kenapa yang kita sayang selalu akan menjauh?

Khas buat kaum perempuan bernama Siti Syazwani bt Pauzi,

Salam sejahtera. Hai Siti Syazwani kesayangan, dah besar panjang dah engkau sekarang sudah 19 tahun, sudah lama mencapai puberty dan tidak akan meninggi lagi. Aku tak sangka dalam banyak-banyak rakan karib yang aku ada, engkau lah yang pertama sekali akan meninggalkan aku dan melanjutkan pelajaran ke luar negara (United Kingdom), jadi memang betul lah jika orang kata yang tersayang itu akan makin lama makin jauh dengan kita. Sesungguhnya cinta kita berdua telah dicabar sekarang maka aku harap kau tabah menghadapinya.

Ingat tak masa kita belum kenal lagi, kau tahu kan aku memang benci dengan engkau, dan engkau pun benci sangat dekat aku. Aku kata kau geng gedik, kau kata aku bajet sombong. Bila nak start olahraga je, engkau si rumah kuning pelajar baru dari sekolah perempuan tiba-tiba masuk sekolah aku lalu dengar desas-desus engkau pelari handal? Lepastu seperti biasa, jaguh lama seperti aku pasti takut dan tercabar jadi selalu intai kau dari jauh tengok kau pantas atau tak? Huehue malu i. Lepastu kalau relay 4x100 dengan 4x400 kau mesti pelari nombor tiga, dan aku selalu tak dapat lari sebelah kau sebab aku selalu kena pelari pertama? Lepastu dah lamaaaa sangat, kita naik sekolah menengah. Aku mengaku walaupun aku benci kau tapi dalam diam ada hati dan tanam perasaan nak berkawan tapi bila team bola jaring / bola baling kau lawan dengan team aku, tiba-tiba buat muka sombong taknak kawan dengan kau padahal dua dua selalu centre. Sumpah perjalanan kita nak berkawan sangat panjang dan lama, sampai kena ada banyak orang tengah, barulah hubungan kita terjalin.

Masuk Tingkatan 3, first time aku borak dengan kau dalam kelas Agama, semua sebab ustazah suruh kita duduk belakang si dua ekor paling bising dalam kelas. Aku pandang kau. Kau pandang aku. Lepastu kita gelak. Lepastu terus tanya, "Eh kau duduk mana?" Tengok-tengok rumah kau belakang rumah aku, tak boleh nak lagi dekat ke? Orang kata kalau dah jodoh itu tak kemana. Aku dengan kau terus tukar nombor telefon. Walaupun tiada telefon bimbit tapi telefon rumah ada, maka walaupun rumah hanya belakang, bil telefon masih melonjak. Maka, setiap petang pun aku ke rumah kau. Tepat pukul 6.00 petang kita akan sama-sama tengok adik kau main badminton, adik kau pun dah naik bosan tengok muka aku kerap bertandang.

Topik pertama dalam perbualan yang merapatkan aku dengan kau, OF COURSE WEH. Dilema bertudung dalam geng yang tidak bertudung. Kau dengan aku punya dilema yang sama, kau seorang je yang pakai tudung dalam geng, aku pun seorang je yang pakai tudung dalam geng, maka setiap kali ada party atau dancing nights atau concert atau clubbing atau parti buih / liar, kau dan aku pasti bawa bincang dulu, buat forum dekat rumah list down kan advantages dengan disadvantages mahu pergi atau tidak dan selalu nya kita memang tak pergi langsung pun.

Masuk Tingkatan 4, kau pun dah perlahan-lahan masuk geng aku, ditarik perlahan-lahan, perlahan tapi pasti, aku dah kata dah geng kau memang gedik dan busuk haha. Siapa tak sayang kau wani? Si friendly, peramah, penyayang, cepat berkawan, macam magnet lelaki dan perempuan, kau masuk geng aku, terus kamceng dengan Nabil, Hanis, Tina dan Aida. Kemudian barulah Izzah ditarik masuk oleh kau, Hanis dengan Nabil. Memang sejurus selepas itu, kau memang duapuluhempatjam bertenggek dengan aku pergi mana-mana pun memang selalu berkepit bawah ketiak aku. Kita bagaikan sepasang kekasih yang punya perangai berbeza. Aku selalu si pemalu, tak berbual dengan orang, dan kau lah yang selalu si pembual dengan orang. Kalau sedang sesat jalan, aku selalu takkan tanya sesiapa, nak tawar-menawar harga barang pun, kau yang selalu wakilkan aku. Semua benda pun lah kau selalu buatkan. Kalau nak borak dengan mak cik India dekat stesen bas pun, memang kau lah yang paling handal buka topik. Kalau nak beli nasi lemak dekat Mak Cik Kelantan pun, kau lah yang paling pandai minta ayam banyak harga kurang. SAMPAIKAN BILA NAK CARI JODOH AKU PUN, KAU LAH YANG SI ORANG TENGAH DIRI DI ANTARA AKU DENGAN ASLAM, TUKANG CAKAPKAN APA YANG AKU NAK CAKAP KAN SAKMVFASDVMSDVSDV.

Memang mana-mana aku pergi, walaupun takdir campakkan aku ke Kedah dan kau masih di Subang, tapi super savers itu wira kita. Tiap kali aku menangis pada kau dan cerita kesengsaraan aku dekat UiTM kena buli, kena hantar surat layang, kena publicly humiliated dan sebagainya, kau pasti dengar dan fahami ia. Pernah kah kau hilang bila aku perlukan kau? Sedangkan masa stereng kereta aku kena lock pun lepastu tempat kunci kereta stuck pun, aku call kau sebab tahu kau pemandu paling mahir dalam geng. (Okay second lah. Nabil first sebab nanti dia pokpekpokpek dia dah habis P ah blablabla).

Selepas ini dengan ketiadaan kau, mungkin aku dan kau akan renggang sedikit. Mungkin kau akan jumpa rakan-rakan baru yang jauh lebih baik dari aku. Mungkin kau akan terbuka topik perbualan dengan mana-mana perempuan bertudung juga tentang dilema nak ikut rakan tidak bertudung ke party. Mungkin kau akan dapat seorang rakan yang sebiji macam aku, lalu, kau akan selalu terlupa dekat aku, atau terlupa muka aku atau akhirnya terlupa nombor telefon aku. Mungkin kau akan jumpa sahabat baik lain yang tidur sekatil, baring sebantal, duduk sekerusi, makan sepinggan, kongsi sepakaian, dan kentut sebunyi. Pernah kan kita teruja bersama sebab aku akan buat degree dekat Shah Alam jadi kau yang di Taylor's akan selalu datang UiTM Shah Alam lepak dengan aku. Tapi bila aku hampir ke Shah Alam, rupanya angan-angan kita tak dekat. Engkau pun semakin jauh.

Esok adalah hari terakhir kita bersama. Aku selalu tengok kau menangis. Tapi kau selalu bising tak pernah tengok aku menangis. Jadi, kalau esok aku menangis, kau janganlah bersyukur akhirnya impian kau nak tengok aku menangis termakbul. AKU AKAN TRY SEDAYA UPAYA TAK AKAN MENANGIS, AKAN LETAK CILI API GILING DENGAN SAMBAL BELACAN DALAM MATA BIAR JADI SANGAT KUAT DAN HANDAL SUPAYA TAKKAN NANGIS LANGSUNG SKJDSVFSKVGNSKLBBFDN.

Kau tak perlu tengok aku nangis atau senyum. Mungkin aku senyum lebar-lebar, tapi dalam hati, kalau boleh, aku nak tarik tangan kau dari melepasi ruang berlepas lapangan terbang. Sebab aku sayang kau.

September 18, 2009

Bagaimana hendak menuntut hutang?

Hutang dapat didefinasikan sebagai haha diam lah starting paragraph macam informative essay. Sekian terima kasih kepada e-mail yang I dapat tentang dilema pembaca belog kesayangan di mana dia tak tahu macam mana nak tuntut hutang dari seseorang.

*tarik nafaas.

Okaaaay, kalau macam ada orang minta kau duit kan, mesti kau nak kata, "tapi.. tapi.. tapi.." lepastu mulut terpacul keluar cakap, "Kau nak berapa?" Benda ini memang tak disengajakan kerana memang sesetengah manusia mempunyai sifat pemurah yang amat biar lah dia takde duit pun tapi selalu nak tolong orang. MAKA, selalu lah juga kita pinjamkan duit pada orang lain, tak pernah akan cakap, "Kepala otak kau, penat aku simpan, siap lipat semua duit Rm 50 jadi bentuk love atau baju sebab taknak kasi kau pinjam, nak kasi kedut pada duit," Jadi dengan perangai pemurah begini, ramaaaaai lah jugak orang yang buka mata pada kau, semua mula rasa kau tempat yang paling sesuai untuk pinjam duit. Kaya tak kaya belakang kira.

Kalau tak pun, kekasih. YE, KEKASIH KESAYANGAN KORANG TU. Kalau diorang minta pinjam duit, ya ampun, takkan lah nak say no, pandang mata diorang sikit, dah cair, terus kasi wallet kasi kad ATM kasi tabung patung gajah Bank Bumiputera Simpanan Nasional. Kalau orang yang paling korang sayang, memang lagi lah susah nak minta balik duit yang diorang pinjam.

Jadi begini je lah. Lepas ni, kepada semua yang suka sangat bagi orang pinjam duit, belajar untuk cakap No. Penat I cakap dekat kawan-kawan I yang bila dapat je duit Biasiswa, dah habis sebab pergi loan kan Rm 500 dekat kawan lain yang baru accident kereta BMW. Kau reti cakap no tak? Kalau tak reti, cakap, Maybe. Tak pun, cakap je lah kau pun sengkek sekali. Kalau dia betul-betul kawan, dia takkan tinggalkan kau kalau kau tak dapat beri dia duit.

Atau, setiap kali dah kasi orang pinjam duit, tulis atau catit lah hutang tersebut dekat mana-mana. Dekat dalam diari harian atau memo pad dalam phone ke. Atau tulis atas tapak tangan setiap hari lepastu sengaja tayang-tayang tapak tangan dekat penghutang biar dia terperasan sendiri lalu bayar ke. Cara begini lebih mudah untuk anda mengingati bahawa duit anda bukan sikit, tapi anda banyak beri duit kepada orang lain dan tidak claim kembali.

Bak kata Rasullah S.A.W, kalau penghutang meminta duit dengan baik, maka, kau pun kena lah tuntut hutang dengan cara baik juga. Mula-mula, lepas kasi duit pada penghutang, cuba-cuba lah cakap, "Weh, kau tolong bayar balik hari Khamis ni boleh? Sebab aku nak guna duit tu untuk belikan iron kat nenek aku dia takde iron nak gosok telekung," Kena bagi alasan yang macam buat dia serba-salah jadi mesti dia teringat nak bayar balik.

Tak pun, kalau dia stok berdegil (oh my god, kalau terbalik kan, jadi begedil, lapar lapar), cuba lah minta dekat dia dalam nada yang baik dan lemah-lembut, jangan nak pura-pura sengau sebab nak annoy kan dia. Eh tapi bagus juga pura-pura sengau, biar dia menyampah lalu terus bayar semua hutang sebab tak nak jumpa kau lagi. Cuba beri tempoh masa untuk dia langsaikan hutang. Macam set up kan beberapa hari untuk dia langsaikan hutang dia. Atau minta dia bayar secara beransur-ansur. Macam aku tengah bayar dekat Hanis sekarang. (SABAR HANIS, AKU TAHU USAHA KAU NAK MINTA HUTANG, SEKARANG TINGGAL RM 150 LAGI UNTUK DILANGSAIKAN, SABAR, I DAH BELIKAN KEBAYA BIRU DARI INDON UNTUK YOU).

Last sekali, kalau dia tak faham bahasa, cuba cubalah upah kawan-kawan kau suruh berlakon buat sketsa depan dia. Suruh kawan kau berlakon minta hutang dari kau, lepastu kau kata, "Eh ah tapi aku pun takde duit, aku tengah tunggu Badaw bayar hutang aku," Nanti mesti lah dia faham bahasa.

TAPIIII, haish penat ah banyak tapi-tapi ni. Kalau dia tak faham bahasa jugak, kalau dia stok bingai nak mampus, kau cuba lah kasi warning kat dia dulu, sebab biasanya orang yang memang tak faham bahasa dan kawan yang selalu mengambil kesempatan ke atas kau ni, kalau takde pun takpe. Worse come to worse, kau panggil je lah mana-mana bonzer temankan kau pergi gertak dia suruh bayar hutang kau immediatelyyy. Since you two have constructed a breach of contract and once the debtor has came out with the proposal to obtain your assent for borrowing your money whatsoever, he had made it clear untuk bayar balik hutang kau, once kau said Yes untuk beri hutang pada dia because there's a presence of acceptance. And of course, if there's an acceptance, there's an agreement made valid. Jadi, baik kau sorong dia masuk mahkamah sebab nak claim Rm 2.50.

September 17, 2009

Untuk yang konon memahami ;

Bukan sesiapa secara spesifik. Bukan simpan lama-lama jadi dendam, bila tercucuk, keluar meluap-luap. Tapi, kalau aku dah beri hati pada kau, dengan syarat tolong lah jaga baik-baik. Kalau luaran nampak teruja dan sentiasa ketawa, dalaman tak mungkin ketawa sama. Kau nampak ke? Tak, sebab kau selalu nampak yang terang. Bila gelap, kau dekat mana? Kau orang pertama yang hilang.

Memang aku selalu tak jaga hati kau. Mungkin sebab mulut cabul hati kering, tapi, setiap kali aku keluarkan sepatah kata, aku akan terfikir semula apa yang aku kata tadi itu waras atau tak. Kelakar lah bila orang kata orang-orang yang rapat dengan engkau, sentiasa bersama, menempek bawah ketiak itu kenal kau paling banyak. Lagi rapat, lagi memahami. Tapi korang pernah ke cuba faham yang aku pun ada perasaan? Yang kadang-kadang beberapa patah kata korang lafazkan macam tweezer. Bila nak cabut bulu, sakit. Dah tahu sakit, masih dicabut lagi. Yang korang kata itu sakit, tapi kenapa aku asyik terima.

Kita dah macam tiada sparks kan? Bukan Sparx watak rempit lakonan Zulhuzaimy yang, "Budak Cenanga tu dah kompom?" Bukan kasut sekolah brand Sparx yang kalau dulu siapa tak pakai, dia lame, tapi bila Bee First dah keluar, byebye Sparx. Tapi sparks yang percikan elektrik bila kau temukan dua arus elektrik berbeza. Kerana ia berbeza, maka cantuman pun kuat. Tapi aku rasa kita dah tiada itu.

Mungkin kau ada ramai kawan. Ataupun kau ramai kawan tetapi aku dalam senarai yang takpayah-nak-kawan-sangat-pun-boleh. Tapi, kau tak nampak ke usaha aku nak buat kau rasa, kau bukan dalam senarai itu? Atau pun kau dah nampak, sebab tu kau take aku for granted. Atau kau terlampau sibuk dengan kawan baru, haha, kawan yang lama ada atas rak, dah naik debu, kau nak sapu pun takde masa.

Bukan senang aku nak kata aku rindu. Bila aku dah kata, kau kena rindu sama. Sebab itu maksudnya, aku perlukan kau. Aku dah buang segala rasa ego. Kenapa kau tak boleh nak buang rasa ego dan cakap, "Rindu,"

September 16, 2009

Teksi kuning bukan berotak kuning.

Hari ini, kena paksa dengan dua budak pulun untuk belajar bersama-sama.



Takpe, takpe. Korang belajar dulu. Biar aku online sat. Sat jaaa.

Tengok ni, henfon i dah jadi kampuang bila adik sedara customize pakai sticker bintang-bintang beli dekat Giant. Oh, senyap senyap eh tampal dekat henfon i. Biasa dia.




DAH HABIS BELAJAR, I LAH ORANG YANG PALING EXCITED SEKALI. SEBAB NAK BUKA PUASA DEKAT TEMPAT PALING COOL DEKAT TAIPAN, DAH LAMA MENGIDAM.
(Sori, Adzale. I terpaksa buat-buat tak tunggu you. Sekarang, I dah menang. I rasa yellow cab dulu. Tapi, you kena belanja i lagi sekali sebab i dah lupa rasa dia macam mana ok bye)


BEHOOOLDDD.



BEEEHOOLLDDD.


BEEEHOOOLDDD.
(Iz, diam kalau kau nak hidup)


Sumpah masa order semua terkial-kial sebab pemalu nak order. Lepastu abang cashier siap bagi size pan pizza dekat kitorang, nak suruh pilih size small ke regular atau large. SUMPAH LARGE DIA LARGE GILA. Ni bukan large yang pizza biasa punya large, dia large macam tak berapa nak large. Tapi yang ini LARGE DIA MACAM LARRRRGEEE. Harga pun LARRRGEE.



Dalam kedai memang atmosphere welcoming betul, banyak gambar-gambar luar negara.

Tiba tiba terasa macam,


"Eh pizze che stavi chiedendo?"


"Pollo e peperoni hawaiano, naturalmente, sono il più conveniente!"


Hah kan dah terus jadi orang Italy. Buehehe sayang i dekat google translator, suka menampakkan i ada banyak banyak third language, bye Nabil, kau lame ada Germany je.


Tapi, of course. Yang paling wajib kena ambil adalah aset utama Yellow Cab.

Tolong lah. tolong lah. Tak tahan I.

Omg malu tau nak ambil gambar begini. Semua orang lalu-lalang pasti hairan bertanya pada diri-sendiri mengapa ini badak godang tidak ada kemaluan nak naik kejadah ini tengah-tengah bandar?




Okay dah. Tiada masa untuk bergambar. Pizza besar gila dah sampai. Ini lah dinamakan kehidupan. (This is what you called life)



Kotak nak very traffic je doh. Bye ah Domino's, i taknak kerja dengan you lagi. Kotak tak trafik.


Okay bye, kena rendam muka dalam pizza.