March 28, 2010

Not good, not good.

Yes, like i've promised you. Like i've mentioned before, about showing off my pengengsot gula and its witty att, its super duper omel teeth and tongue, its annoying fetish on jumping on your nose when ur sleeping and what not, HERE COMES A LONG SIGHHHHHHH

KENAPA BILA HARI INI AKU INGIN PHOTOSHOOT BERSAMA PENGENGSOT GULA BABY LEPASTU HARI INI JUGA DIA HILANG ='(

pi es ; dari 9 pagi ok telah menjalankan sesi pencarian Jackayh tapi tapi tapi tak jumpa jadi sekarang sama ada aku harus mati atau aku harus mati.

March 19, 2010

Dari Kawan Baik.

I've never thought time could pass this fast. 5 more weeks to our finals. Tapi setiap minggu pun mahu pulang ke rumah. Pulang-pulang ke rumah minggu ini, terus masuk bilik dan lihat telah bersepah.


Lepastu ada kad paling best dalam dunia atas meja. Macam eh apa kah ini?


Awwwwwhhh Wani, u nailed it! U punya kad paling best dalam tahun ini! Okay tak boleh beat kad dari nan pengyou, tapi u yang second besttttt, i love you.


Dahlah ada mata boleh gerak-gerak weh, macam fuyoh fuyoh kad dari London ada mata boleh gerak-gerak. Lepastu boleh berdiri, fuyoh fuyoh lepas ni terus semangat belajar finals, ok tipu.


Psst, sekarang I ada kesayangan yang lebih dicintai. Kalah boyfriend, kalah BFFs, kalah kawan baik, kalah pen-pals. SUGAR GLIDERRRRRRRRRRR!!

Awwh omel omel sugar glider / pengengsot gula ini. Jika berminat, kakak I juga adalah supplier sugar glider / pengengsot gula.

Jadi, kalau anda dah boring dengan anjing / kucing / adik lelaki / anak jiran kacak / ikan emas / ikan laga atau apa-apa makhluk yang anda bela secara diam-diam, sila tinggalkan komen anda agar saya boleh blog pasal sugar glider / pengengsot gula saya!

(Okay kalau takde sape tinggalkan komen pun, masih hendak blog tentang sugar glider / pengengsot gula saya nyeh nyeh nyeh)

March 13, 2010

Ingat tak dahulu semasa kau masih di atas bumi.

Semalam aku mimpi kau. Masa kau kecil. Dan aku juga kecil. Kita sama-sama kecil dan telinga kita pun kecil juga. Walaupun kau punya capang tapi lebih kecil dari sekarang. Dalam mimpi, kau pakai seluar merah. Dengan spaghetti merah tapi tuala mandi biru. Kau baru habis mandi. Aku baru nak mandi. Kita jiran yang comel. Takde sape kata kita comel tapi aku nak juga perasan kita dua orang memang comel dalam kawasan kejiranan itu.

Kau lari nak ambil bola yang aku baling. Sebab aku selalu baling jauh-jauh nak bagi kau letih cepat. Aku boleh menang cepat. Tapi kau pakai tuala sambil lari. Tiba-tiba ada kereta langgar. Langgar sikit je tak kena pun sebenarnya. Tapi sebab kau punya asma, kau tersekat nafas dan jatuh pitam.

Aku ikut kau pergi hospital. Kau buka mata, aku kat sebelah. Aku pegang bola tadi sebab nak tunjuk kat kau aku masih menang walaupun kau kena langgar. OKEH OKEH TAKDE TAKDE. Buruk perangai. Kau senyum. Tapi mulut kau sakit. Rupanya sebab 2 gigi kau patah masa kau jatuh pitam atas jalan tar.

Sumpah waktu tu kau buruk. Tak buruk pun tapi semua budak lelaki kata kau buruk dalam kelas. Kurang ajar kan. Tapi muka kau kelakar. Kebetulan aku punya gigi susu pun patah masa tu. Jadi kita dua-dua buruk. Dan kelakar. Kalau cakap buruk je macam hina sangat. Kelakar macam ada adorable sikit. BIAR AH NAK JADI ADORABLE.

Lepastu kau pandang aku. Aku tanya, "Okay tak kita?"

Kau senyum, sambil dua gigi depan rompong. Aku tahan senyum sebab nak kau kata, "Okay,"

Tapi kau kata, "Awak cantik.."

Lepastu aku kata, "Hoi kawan baik tak leh tipu!"

Dan kau kata, "Kawan baik lah kena tipu sebab taknak sakit hati,"



Ehem. Sekarang masing-masing dah besar. Elok ke aku tipu sebab taknak sakitkan hati?

March 7, 2010

So much for Halimah Jongang.

Semalam, I jemput anak jiran I yang baru darjah 3 dekat sekolah dia. Yes, sejak lama tak bawa kereta, maka terkial-kial nak parking depan school area tu. Sambil I tunggu, I pun keluar dan pergi beli aiskrim. Sekali ada seorang perempuan cantik tegur I, lalu kitorang pun bersembang tak ingat dunia sebab rupanya dia adalah kawan lama I, so macam teruja lah borak dengan perempuan cantik.

Kemudian, loceng sekolah pun berbunyi tepat pukul 6.10 petang. I pun tengok semua budak-budak sekolah keluar lari-lari, muka bersinar-sinar, kecik-kecil, pendek-pendek. Terus rasa tinggi.

Tiba-tiba, keluar anak perempuan jiran I yang baru darjah 3, sambil mencembeng dan muka merah seperti sedang tahan sakit atau nangis atau berak, tak tahulah. Sekali ada 5 orang budak lelaki kat belakang dia yang lebih kurang tinggi dia jugak, umur I would assume, baru darjah 3 juga lah. Semua nyanyi seperti pasukan koir,

"Jongang! Jongang! Jongang! Oh Farahin jongang! Hahaha kau jongang! Yekk. Yekk Jongang Yekk burukk burukk..."

I was like wtf kurang ajar sial budak-budak ni, mak bapak dia tak ajar ke, kesian anak jiran aku yang menangis lepastu keseorangan sebab tiada kawan di sisi lalu nampak sangat macam the whole crowd were teasing her. Lepastu I pergi dekat dia, I macam terus pimpin dia nak bawa pergi kereta. Lepastu I pandang budak-budak lelaki belum puberty tu sambil berkata,

"Tak baik cakap orang jongang, dosa lah,"

Dan salah seorang menjawab, "Apa? Orang nyanyi lagu Halimah Jongang,"

Masuk dalam kereta, she was in deep silent. With this sulky face sambil main tumbler Dora the Explorer dia. I pun jenuh lah nak pujuk dengan aiskerim lah dengan ajak pergi Toys R Us lah. Tapi dia geleng kepala, geleng kepala, geleng kepala. I nak cakap, janganlah-nangis-diorang-tu-budak-jahat-farah-kan-cantik-diorang-jeles, macam bodoh gila lah pulak kan sebab sah-sah ah budak tu tahu aku nak comfort kan dia. Yeah, she's a little bit jongang but sumpah pretty girl gila kalau besar dah lah weh! Hotstuff terus.

I sebenarnya dah lama rasa cerita tu inappropriate. But some said, naahh..screw it, kita kena beri pendedahan pada masyarakat pasal kehidupan orang-orang begini yang cacat fizikalnya. Semua yang tak boleh terima cerita tu kolot dan sempit. Okay fine, aku kolot dan sempit, now you go and tell my neighbour's daughter that, and see how she will react.

March 6, 2010

Wow entry untuk March.

Busuknya blog ni. Bila tak update blog, tiba-tiba orang bertanya, Hai lama tak update blog, sejak ada baby ni lah kan, dah busy busy nampak. Sumpah aku lupa last time aku blog adalah pasal Baby Adopter. Macam anak betul je. Perasannya diri sendiri ini yang Melayu terhingin dapat anak Negro dengan harapan bila besar akan jadi Theo Walcott. Hensem hensem hensemmmmm!!! Sebab tu tak mungkin berpeluang dapat anak Negro kerana risiko berlaku sumbang mahram adalah tinggi.

Bercakap pasal Baby Adopter, mari kita beralih ke game lain pula.

BUBOOOOLLSSSSS!!!


Bubols ni omel angatt. Sebab boleh cipta monster tomei tomei lepastu namakan lepastu lawan dengan monster-monster lain dari seluruh dunia. Hari tu kan I lawan dengan monster dari Germany lepastu dia hensem. Ceh padahal macam nampak muka, sebab dari Germany terus nak kata hensem. Lepastu sambil lawan, sambil chat. Chat bahasa Germany. Jenuh aku pakai google translator tiap kali dia tanya soalan.


Lepas dah namakan monster dan cipta mengikut cita rasa, sila send a duel challenge kepada sesiapa yang sedang online. Lepastu nanti boleh bunuh dengan jentik-jentik kepala pihak lawan sampai dia putus.

Starting pose macam hape cumbu-cumbu nih?!


Kalau sedar diri tak terer, pergi practise mode sekarang. Kalau dah terlampau terer sampai pernah menang 1000++ kali, dah lah weh, terus jadi MegaBubols in history. Terus jadi paling terer sekali dalam dunia.


Boleh print carta ini pastu bawa pergi interview kerja. Lepastu kalau boring, boleh cari kawan dekat sini, macam hari tu kan I chat dengan orang Germany eh okay dah cakap ngeh ngeh annoying.

Tengok ni, I cuba bersosial dengan monster hijau.


LEPASTU BOLEH AMBIL GAMBAR KELAS! =D


Ni semua salah Ama sebab ajak I main Bubols. Dah lah kau ada 5 bubols ke hapetah, dalam gambar kelas semua bubols kau beratur dekat-dekat. Menyampah.