Kekok sedikit ;
Bila tumpangkan orang tua naik kereta. Macam dulu masa aku kerja jadi receptionist dekat ******* Company, lepastu sumpah semua pekerja lain adalah orang tua. Lepastu pada suatu hari, ada seorang pekerja india yang umur dia macam 52 tahun nak tumpang aku sebab dia tak larat nak jalan kaki balik rumah. Kesian dia, gigih gila selama 20 tahun kerja dekat tempat sama dan setiap hari pun jalan kaki pergi-balik kerja. Lepastuuu awkward! Sebab first, dalam office tak pernah berborak pun, tiba-tiba kena borak dalam kereta, wu kekok kekok. Sepanjang journey rasa kekok sebab dia tak suka radio dipasang sebab bising katanya dan dia tak suka air cond dipasang sebab dia sejuk. Topik pertama untuk dibualkan? CUACA!! Yeay.
Kekok betul ;
Bila minta kawan bayar hutang. Lagi-lagi time kau betul-betul tengah sesak, kalau kau tengah loaded takpelah sebab kira halal je hutang dia. Kalau hutang banyak pun kira lambat bayar pun takpe. Tapi kalau tengah sesak, makan maggi setiap hari, dah dua minggu tak top up credit, dan kebetulan jumlah yang dia hutang memang cukup untuk menampung kau makan seminggu, macam mana nak mintak ni. Lepastu nanti time mintak terus terkeluar semua alasan paling naif kenapa kau perlukan duit.
Kekok sangat ;
Bila dingorat oleh orang berkuasa. Macam, kalau kau pergi job interview, dingorat oleh interviewer, atau kau tengah JPJ test, dingorat oleh Pak Cik JPJ, atau kalau kau sedang meminta tolong polis, dingorat oleh abang polis. Sumpah. Awkward. Siottt. Sesunguhnya time tu memang macam babak dalam drama Melayu sebab kau boleh dengar suara sendiri dalam kepala. Sebab orang yang berkuasa ini adalah orang yang power. Kalau tak keluar makan dengan JPJ instructor yang umur macam bapak kau tu, nanti dia tak kasi pass. Sobs, sobs.
Kekok teramat ;
Kau datang kedai mamak. Kau baru duduk. Mamak datang ambil order. Mamak blah lepas ambil order. Tak sampai 5 minit, ada orang datang jual VCD. Tolak. Tak sampai 10 minit kejap nanti, ada orang datang jual kerepek pisang, tak sampai hati nak tolak sebab pak cik tua yang jual tapi sebab duit dalam dompet pun cukup cukup beli megi goreng dengan teh o ais, so, tolak. 30 minit lepastu datang orang minta derma sambil cakap bahasa yang langsung kau tak faham, selagi kau tak bagi duit dia taknak pergi. Lepastu nanti datang pulak orang yang cakap,"Kalau nak derma, kena kasi RM 10 pastu nanti dapat sticker kereta saya telah menderma," Last last duit kau habis dekat kedai mamak je. Biasanya situasi begini memang saya selalu tak tahu nak tolak macam mana, sebab boyfriend saya memang akan hulur je, jadi bila tiada boyfriend mengikut sekali, aku pun hulur je lah =_=" Sebenarnya baru aku tahu taktik yang paling bagus supaya diorang tak datang dekat, buat-buat cakap dalam phone.
Paling kekok sekali tak pernah tak kekok kalaaaau ;
Dikelilingi geng posh nossssssh. Sobs sobs. Ini memang aku fail. Taktik menipu, taktik buat-buat macam posh jugak, sumpah takde dan tidak pandai menipu kerana sambil bercakap, muka gelabah, pandang kiri kanan. What the? Contoh, hari tu, menghadiri majlis ala-ala koktel, so, sambil berdiri dan minum air oren dalam gelas tampak mahal, mesti lah tiba-tiba termasuk dalam conversation yang obviously aku tak belong. Tiba-tiba dia tanya, "So which one do you prefer? We've been debating about Ipad 2 like OMG, I've just bought the Ipad and now i feel so stupid because out of a sudden they have released the new Ipad 2!" Lepastu semua orang pandang tunggu respond budak boring ini (aku). Ya allah apa aku nak jawab, takkan nak jawab, I have a lot of pads, all from various brands. Laurier, Kotex, Whisper, Carefree, u name it. Tiba-tiba terkeluar such sentence, "Oh I've just sent my Ipad for service, haven't tried it yet, tiba tiba rosak," Obviously, semua orang diam sebab tahu aku menipu. Takpe, tipu sunat.




























