Aku tak perlu buat muka sakit sebab muka aku memang menyakitkan hati. Jadi, dengan kening bergerak-gerak, aku kata kepada Puan Mazni perut aku sakit memulas, aku rasa aku ada penyakit perut. Tapi Puan Mazni buat endah tak endah, dia tak suspens pun, dia hanya kata, pergi kantin, beli susu yang panas sikit, minum, lepastu duduk. Lepastu aku pun bersetuju. Dia sempat bertanya, ada duit tidak, aku kata, ada tapi nak kasi pun tak mengapa. Jadi dia kasi RM 2.
Aku pun berlari ke kantin dengan tonggeknya. Sebab tahan perut sakit. Nampak dari jauh macam tahan berak. Tapi kalau orang tengok budak darjah 1 tahan berak macam tu takpe je. Cute kata ko. Lepastu sampai di kantin yang lengang sebab masa tu baru pukul 10 pagi, jadi waktu rehat belum tiba. Aku kata, saya nak nasi lemak sebungkus dengan air blackcurrant satu. Aku lupa nak order susu panas. Lupa, serius. Lepastu abang tu buat muka pelik tapi dia bagi je.
Aku pun melahap tak pandang kiri dan kanan. Lepas habis mencekik, aku basuh tangan. Tengok cermin, muka aku dah tak pucat. Kening pun dah seperti sedia kala. Aku dah sihat nih. Bagus betul ubat sakit perut ni. Aku pun terus ke kelas.
Puan Mazni tanya, habis tak susu tu? Aku jawab, saya lupa nak order susu. Saya mintak nasi lemak dengan air blackcurrant. Lepastu Puan Mazni senyum. Dia cakap, itu bukan penyakit perut, itu lapar mentekedarah. Aku tak tahu bagaimana rasa lapar, aku lupa aku puasa first time ketika itu, aku cakap, saya tak pernah rasa lapar, saya takut lah. Tak mahu rasa lapar lagi. Lepastu Puan Mazni kata, banyak pe'el betul lah engkau ni.
Bila hari kedua menjelma, aku lapar lagi. Sebab hari itu hari Sabtu, jadi tak ada sesi persekolahan. Aku lapar pada pukul 2 petang. Improve sikit, semalam pukul 10 dah lapar. Hari ini pukul 2. Tepuk tangan untuk diri sendiri. Lalu aku pergi ke dapur, semua orang tengah tidur petang dan juga menonton tv, jadi aku jenguk ke dalam fridge. Ada apa-apa untuk hilangkan penyakit perut yang datang ini. Tengok ada air Coke. Terus aku teguk air Coke itu. Mesti sejuk dan sedapp, tekak pun rasa sangat cooling gitu. Bila teguk, rasanya manis. Manis sangat. Macam kicap kipas udang. Tengok botol, eh ini memang kicap. Yucks.
Halusinasi berpuasa aku teruk sangat. Nasib baik sekarang dah tak annoying macam dulu.

Selamat Berpuasa dari saya dan Maggi.

















































