October 30, 2011

Kiri duri, kanan pun berduri.

Lupa nak tampal sikit gambar event ALSA yang first time committee baru anjurkan. Excited sangat sebab siap celebrate dengan cupcakes from Miss President cum BFF saya cum birthday girl. So dia nak surprisekan committee with cupcakes pastu kitorang surprisekan dengan belated birthday cake, awhh tweet angat committee dengan president nya.

OMG NORJA DENGAN FEENA MEMANG DAH KENA PAKSA OLEH AKU UNTUK JADI AHLI. HA SIAPA SURUH KAWAN DENGAN AKU.

Ily terkejut lettewww.

Ini dari Ily, tengok BFF teaww icon dekat cupcakes nama I dengan dia dua-dua crown.

Princess Iz. Suka hati aku nak jadi princess.

Oh sungguh penat semestahh ini, penuh berjerawat mukaku sebab stress mooting dengan LRM. Padahal sebelum ni takde subject mooting dengan LRM tapi muka memang sentiasa berjerawat pun. Okay tadahal. Yang penting bila mooting boleh feeling-feeling pakai blazer dalam court. Bajet sangat haku.

Feeling-feeling la tu.

Tu feeling-feeling discuss assignment padahal tengah discuss nak makan kek mano. Btw bila pakai slang nogori, tetibe teringat semalam Negeri Sembilan monang bosar. Aku memang anak nogori sembilan walaupun bila cakap nogori fail habis, tapi aku kisah hape. Asalkan aku tahu masak gulai tempoyak ikan semilang salai *garu siku*

Feeling-feeling muka suci baru masuk asasi, tolong tunjukkan jalan ke kelas, bang.

Kawan sefeeling untuk camwhore. Feeling-feeling muka flawless, padahal....hmm takpelah.

Okay dah habis feeling-feeling. Ni I nak promote sikit baju-baju yang kakak & kawan baik saya jual dekat facebook. Siapa nak beli, klik dekat link yang I tampal kat bawah setiap gambar. Cantikkkk baju-baju nya sebab aku pun ada beli jugak. Kah kah tak kelakar.

Ini contoh baju yang dijual, nak beli Klik kat sini.

Ini kawan baik I jual baju-baju dia yang dah tak pakai, belilah sebab dia perlukan duit. Klik.

Okay lah babai.

October 28, 2011

Adele dan Aedes bukanlah sepasang kembar.

First time aku masuk hospital. Walaupun aku memang banyak kali pernah masuk hospital selama ini untuk pembedahan and whatnot, tapi hanya sekali ini yang aku paling ingat sebab satu family menempah penuh ruangan kosong di hospital. Mulanya, tiada siapa tahu ini demam luar biasa, sangkaan hanya pada demam biasa, dengan harapan boleh baik pulih sendiri. Masalahnya, hampir seminggu demam tak kebah, makin lama makin lembik. Bila satu rumah demam begitu, dengan rumah-rumah sekali pun boleh merasai demam itu.

Bila ke hospital, satu family aku terus dimasukkan ke dalam wad. Rupanya, satu family kena demam denggi. Yang dilepaskan pulang ke rumah, cuma aku, kakak sulung dan adik lelaki nombor 4. Adik paling bongsu pun kena tahan sebab masih berumur 4 tahun semasa itu, sangat kecil dan comel, unlike now, errr... Sangat tidak kecil lagi. Tetapi kakak kedua dan mama kena tahan dalam wad kecemasan kerana bilangan platelet sangat-sangat-sangat rendah, jadi terpaksa pindahkan darah ke dalam badan mereka. Tapi aku, masih bertahan. Tiga orang dalam family yang masih bertahan boleh dikatakan kembung gila minum banyak sangat air untuk halangkan kekeringan, supaya tidak terukkan demam.

Dan ini semua berlaku pada tahun 2002, sewaktu masih ignorant dengan simptom-simptom demam denggi. Yang aku tahu, aku last-last pun masuk hospital jugak, dan aku dapat katil yang pesakit demam denggi berdarah baru sahaja meninggal dunia. Takut woi bila ingat balik. Tapi doktor hanya masukkan cecair intravena dalam badan aku sebab aku tak larat nak minum banyak, tapi aku tak seteruk sampai perlukan pemindahan darah. Alhamdulilah, semua kembali sihat lepas beberapa hari.

Jadi bagi sesiapa yang mempunyai simptom-simptom demam denggi macam demam kuat yang terus-menerus, red dots on your skin, sakit otot, sakit sendi, sakit tulang belakang, sakit biji mata, muntah-muntah, sakit perut, hilang selera makan, dan lemah, baik pergi jumpa doktor sekarang. Paling teruk kalau dah berdarah dekat mulut, hidung dan badan.

Semenjak keluar dari hospital, terus satu family buat super spring cleaning satu rumah untuk cegah pembiakan nyamuk aedes. Segala bekas-bekas air dekat halaman rumah, dalam pasu, atas bumbung, bekas air dalam bilik mandi semua kasi cuci kaw kaw punya. Siap letak ubat jentik-jentik lagi dalam setiap bekas. Masa tu memang zaman demam denggi menular (wah ayat) dekat satu Malaysia. Dekat kawasan perumahan aku dah siap ada kes orang meninggal dunia sampai 4-5 orang. Jadi, setiap petang mesti pihak MPSJ buat fogging dari rumah ke rumah.

“Tolong, tolong jangan musnahkan daku, daku ingin hisap darahmu,” kata Adele, eh Aedes.


Kes denggi memang takkan pernah habis, jadi untuk mengelak dari terkena, kita semua kena pastikan rumah, sekolah, kedai, taman permainan semua bersih dari nyamuk aedes membiak. Kalau tengok TV pun mesti ada iklan pesanan “tiada aedes, tiada denggi” oleh Kementerian Kesihatan.

Sebab aku dah tahu betapa peritnya kena demam denggi masa aku darjah 6, jadi mintak simpang malaikat 44 mati hidup balik tak mahulah kena, sebab masa kena drip tu, memang kembung masuk air la badan aku, siap cincin tersekat tengah-tengah jari manis yang debab sampai bengkak-bengkak. Bahagian dalam siku pun dah biru ungu sebab hari-hari kena inject dengan doktor. Dahlah pulak tu setiap kali gerak je, mesti keluar darah dari drip sebab tak reti duduk diam.

October 16, 2011

Sunday Serenade.

"Wahai orang yang lembut hatinya,

Sudah lama aku selalu mengecam pahit
Kelam oleh penderitaan
Aku tak ada siapapun kecuali Allah dihatiku
Tapi kau datang dengan cahaya
Aku ingin menjadi yang halal bagimu
Yang kan kau kecup keningnya
Kau hapus airmatanya.

Dari orang yang selalu merindukan cahayamu,"

-AAC

October 12, 2011

Ehem penjagaan rahsia?

Fuh perkara pertama yang aku tak akan lupa untuk buat bila bangun pagi, sembahyang Subuh, mandi mandi, pakai baju kemudian shoot terus pergi kelas adalah...ehemm. Malu nak cakap. Gitu, kekdahnya aku memang pemalu, sebab tu aku tulis dalam blog sebab aku pendiam depan-depan, dalam mulut ada emas *mata ke atas tangan ke dada*

Perkara wajib yang perlu ada dalam drawer setiap perempuan adalah, pantyliner. Ye, pantyliner. Penting sangat. Pakai hari-hari jangan lupa untuk tukar 3-4 kali sehari. Sebab itu pentingnya memilih pantyliner yang paling selesa dalam market, sebab pantyliner yang tak selesa yakni mintak kaki sangat kualiti dia adalah pantyliner yang menyusahkan hidup kalian. Bayangkan kalau tak pakai pantyliner langsung, tak biasa sangat. Kenapa? Tanyalah perempuan sebab dia tahu kenapa. Dulu I pun tak suka pakai pantyliner, tapi semejak dah terbiasa, terus jadi wajib sunat muakkad. Sukahati sangat jatuhkan hukum tau.

Jadi satu hari, I terjumpa satu video yang pelik sangat dekat youtube. Rupa-rupanya video yang sama ada dalam facebook Libresse Malaysia. Video dia start dengan ramai-ramai orang tunjuk macam-macam reaksi lepas bukak drawer. Ada yang senyum, ada yang ambil gambar but mostly semua macam euwww lepas bukak drawer. Aku tak faham weh serious. Kerana telah merasa sangat curious gila, kena tengok sampai habis sebab nak ensure apa benda yang exotic sangat dalam drawer tu. Bila dah tengok sampai habis, OH BARULAH AKU FAHAMMM.



Jadi dah faham tak kenapa kita perempuan kena pakai pantyliner hari-hari? Untuk kebersihan dan keselesaan yang berpanjangan! Ayat kertas SPM bahasa melayu A1 sangat kan. Bukan itu je, tapi baik korang tengok sini dan sini dan sertai ‘Libresse Pantyliner Campaign – “The Drawer” viral video and contest’ sekarang! Ada dua contests, Go Quiz Crazy dan The Drawer. Untuk Go Quiz Crazy, contest yang senang nauzubillah, korang hanya perlu tonton video “The Drawer” dan jawab 5 soalan dari video dan tentang produk Libresse.

Untuk contest kedua, The Drawer, korang kena pilih hadiah mana yang korang nak menang macam begini,


Lepastu, upload apa-apa gambar untuk letak dalam drawer korang, dan promote lah untuk undian! Tengok lah aku punya tengok lahhhh. Annoying sangat paksa orang tengok kan.


Yang penting, sebelum join contest, kena beli Libresse Super Slim Pantyliner 20s/40s atau Libresse Slim Pantyliner 16s/32s, macam I, barulah boleh join. Jangan jealous.


Libresse Slim Pantyliner ni I dah pakai start dari dua minggu lepas, best sangat sebab dia ada bahagian depan dan belakang yang besar dan selesa macam dalam gambar di bawah.



Libresse Super Slim Pantyliner pun best jugak, dia lebih nipis dari yang atas, dan yang paling syok, dia nipis dan stretchable, gitu. Kau mampu? Kecil kecil cili padi ni namanya. Tengok kat bawah ni,

Jadi tunggu apa lagi? Layari INI INI INIIIII untuk menang besar!

October 8, 2011

Akhirnya ku rasa pahit.

Selama semester baru dah start, aku makin lembik. Sebab dah dimanjakan dengan tidak menggerakkan mana-mana anggota badan, terjelopok dalam kerusi, dengan dagu extra 3 lapisan. Kalau nak apa-apa, pakai remote control suruh kucing ambilkan. Oleh kerana itu telah mengakibatkan betis sebesar dua lautan atlantik. Kalau tengok, mesti sangka aku player Harimau Muda Malaysia. Sebab betis besar macam bajet setiap hari buat bicycle kick. Bukan muscular masalahnya tapi geleber jatuh macam kulit pisang basi.

Sedih sangat dengan diri ini, minggu pertama kelas start, habis je kelas, balik rumah salin baju PJK, pastu tak pandang kiri-kanan berlari pergi padang permainan sebab nak joging. Sebab badan panas terbakar dok menyapu losyen mustajab tu everywhere, memang rasa macam joging 2 jam walhal baru 5 minit dah nak pitam, peluh 5 minit sama dengan 5 jam, so macam mana sekarang.

Tiga hari berturut-turut joging setiap kali habis kelas, setiap kali habis joging terus naik atas penimbang berat. Lepastu makan yoghurt hari-hari breakfast. Hari keempat terus membuta setiap kali balik kelas, joging pun entah ke mana, losyen mustajab melayang pergi mana. Dengan breakfast setiap pagi nasi lemak dengan burger. Sadis sangat 3 hari je bertahan. Tak turun berat langsung, terus naik 3 kg ada.

Tapi beberapa minggu lepastu, baru dah tak heran sangat nak jadi keding sebab memang skinny jeans bila pakai macam nangka berbalut tapi dah peduli hape haku asalkan aku makan yoghurt dengan burger setiap pagi. Kononnya sihat. Lagi satu, sengaja parking kereta jauh jauh sebab bajet nak joging pergi kelas tapi hmph siyembaaangg lebih. Bila tutorial dah start, baru takde masa nak pikir diri gedang ke atau betis lebar ke sebab dah mula pikir nak berjaya dalam hidup.

Impian aku ni memang pendek je. Satu minggu nak jadi kurus. Satu minggu nak pulun jadi pandai. So bila dah start kelas, terus tak peduli kulit bawah mata kendur ke apa, sebab kelas setiap hari memang pukul 8 pagi. Habis pulak pukul 4 atau 6. Dah tak boleh nak seal cela dekat wajah dengan bedak sebab cair lepas kena peluh dengan air semayang. So pasrah.

Yang penting, mooting dengan LRM buat kite culture shock shangait. Lagi-lagi team kita first present mooting. Takot takottt. Hari-hari balik pukul 11 malam, bila balik badan lenguh-lenguh, sepanjang driving tersangguk-sangguk, walaupun dah habis P tapi tak tanggalkan sticker pasal takut orang kata takde P tapi drive lembab gila.

Tapi walaupun cerita macam sadis je hidup nih, tengok gambar-gambar kat bawah macam masih dalam cuti semester ke apakah.

Raya dah habis tapi openhouse still on, openhouse sempena zulkaedah.

Semua orang kata aku dah debab, sebabtu kot bila pakai heels rasa kaki gemuk lalu seret saja.

Walaupun diorang kata aku debab, tapi baju kurung masa Asasi semester 1, yakni 3 tahun yang lepas masih muat. Masih muat. Sebab tu confident je makan.

Sempat tonton Mock Trial dekat UM sebab kawan baik (Marli) berlakon jadi Prosecutor. Awesome sangat, aku siap tahan kencing taknak keluar audi.

Groupmates LRM + mooting. Yang tengah gila kuasa, asyik nak jadi lead counsel.



Padahal masuk je library terus pergi rak paling terpencil takde orang, ambil buku paling tebal lepastu tutup muka dan membuta. Lepastu balik rumah. Berjaya sangat aku.

October 2, 2011

Straight to the heart.

‎"Sesungguhnya aku mencintai orang soleh, padahal aku bukan daripada kalangan mereka. Harapanku agar aku mendapat syafaat apabila bersama mereka nanti. Dan aku membenci mereka yang melakukan maksiat walaupun aku sendiri mungkin daripada golongan mereka." -Imam al-Syafi'i (Fiqh al-'Ibadat, jil.1, hlm.24)