Aku paling suka drama. Kalau drama dalam cerekarama paling aku suka part perempuan tu dah tahu kekasih dia curang lepastu dia pergi serang perempuan satu lagi. Ha aku suka sangat sebab nak prepare diri sendiri kalau termasuk dalam kes begini, senang aku nak buka bunga silat pancaindera 9 aku. Buat apa belajar silat kalau tak boleh guna pakai kan. Ha kalau diri sendiri tak termasuk dalam kes curang pun, kalau kawan yang kena, ha aku boleh tolong ganyangkan sekali. Dengan lelaki tu dengan perempuan tu dua-dua aku ganyang. (cakap macam ada badan John Cena)
Ingat tak video yang aku share, yang perempuan tu mengamuk ingatkan boyfriend dia curang di belakangnya lepastu sekali pergi hospital terus baik tetibe? Rupanya ada teka-teki antara 3 situasi mana satu yang sebenarnya buat diorang gaduh. Semua situasi ala-ala Sembilu, Sembilu 2, Maria-mariana, Pasrah dan sekufu dengannya.
Situasi 1 : Perempuan terjumpa boyfriend dia dekat lift, lepastu nampak kesan lipstick dekat leher lelaki itew lalu dia tampar boyfriend dia.
Situasi 2 : Perempuan itu berjalan baru nak masuk rumah lelaki itu, sekali lelaki itu tengah pakaikan rantai dekat leher perempuan lain. Perempuan itu membaling beg beg shopping nya ke tingkap rumah.
Situasi 3 : Perempuan itu berjalan baru nak masuk rumah lelaki itu, sekali lelaki itu tengah propose (macam awal propose scha) perempuan lain. Perempuan itu membaling beg beg shoppingnya ke tingkap rumah.
Jadi sebab aku gila drama, aku vote untuk situasi 1. Sebab kalau situasi 2, nanti lelaki tu boleh make up reason yang dia pakaikan rantai dekat perempuan lain sebab rantai tu terjatuh jadi dia tolong pasangkan. Atau Situasi 3, nanti lelaki tu make up reason yang dia nak berlatih propose so perempuan lain tu hanyalah pembolehubah sahaja. Jadi sebab yang situasi 1 tu pasal lipstick dekat leher, ha kau nak mati ke. Jadi aku nak sebab Situasi 1 yang buatkan diorang gaduh, tak kira. Tengok semua situasi di SINI
Pi.es : Sempena "Make that call day" yang jatuh pada 31 March oleh Xpax Celcom, jadi semua orang digalakkan untuk call sesiapa yang kau rasa paling spesial. Ha toksah tunggu free call seminggu sempena birthday yang Celcom selalu bagi, tapi 31 March ni kau dah boleh call sapew sapew. Sapew sapew disini bermaksud ibu bapa tercinta ke, adik beradik yang jauh di mata ke, kawan baik yang tengah merajuk ke, orang yang awak sukew kew, orang yang kitew sukew kew. Ha kena call orang yang aku suka sekali sebab aku nak habiskan kredit kau. Hihihi.
March 28, 2012
March 25, 2012
Mehh..
Apo kobondo eh. Ingat tak entri pasal aku beli Kinohimitsu beauty drink tu, alah kat bawah tuww. Mehh, aku mengenangkan muka aku akan bertukar jadi Asmirandah ke Anna Althafunnisa ke. Amboih ketika cinta bertasbih sangat. Tapi dah kalau minum 6 botol je, pastu minum pun seminggu je, macam mana nak Anna Althafunnisa nya.
Ingat tak jerawat gedabak dekat tengah-tengah hidung tu, yang sebatu boleh nampak kalau pakai bedak pun boleh nampak kemerah-merahannya itu, rasanya dalam sebulan jugak aku try nak hilangkan jerawat itu tapi gagal. Sepanjang praktikal dok kena nganjing dengan Fadh, Ezwar, Amaw dan sekutu dengannya. Paling paling Fadh, jadi aku kena buktikan jerawat dekat hidung itu boleh hilang serta-merta! Hasilnya,

Taktahu lah ini hasil minum Kinohimitsu ke apa, tapi sebenarnya aku hanya korek jerawat kat hidung tu keluar, hua hua hua. Korek sampai berair mata, lepastu cuci bersih-bersih bahagian hidung. Esoknya tengok, eh dah takde kesan tertimbul, tinggal merah-merah je, fuh lega. Bolehlah berlagak dengan Fadh dah.
Jadi siapa kata tak boleh korek jerawat meh? Tapi potensi untuk tinggalkan parut memang ada, jadi kena lah scrub bahagian hidung dan tempek Vitamin E kat situ kasi parut hilang. Untuk Kinohimitsu Beauty Drink itew, aku rasa ia membantu proses mencepatkan luka korek tu sembuh kot. Aku beli pun sebab sebenarnya tengok dia boleh kurangkan lingkaran mata gelap, dan parut-parut yang ada. Tapi kalau nak tengok berkesan 100% ke tak memang kena maintain ambil at least untuk 3 bulan.
Ambil kotak Kinohimitsu dari rak nak pergi bayar dekat kaunter bukan berjalan, mengengsot kau tahu, mengengsot di atas linangan air mata sendiri, sebab satu kotak RM 89.90. Aku kira-kira haritu kalau nak maintain sebulan memang RM 180 macam tu. Kalau 3 bulan cemano? Tapi kalau awak kaya, boleh lah beli dan jadikan sebagai supplement tambahan untuk kecantikan. Kalau lagi kaya boleh masukkan semua dalam jug air lepastu hidang dekat tetamu masa Hari Raya. Confirm aku datang hari-hari beraya kat rumah kau, sehari tiga kali.

Selain itu, hasil mengambil Kinohimitsu selama seminggu juga membuatkan warna mata saya tukar jadi oren, ish benci tau *flips tudung* Ok takut sikit, expression macam pondan sangat dalam ni.
March 21, 2012
Kerana aku takkan jadi yang pertama.
Saat merasakan diri yang terbawah, tidak berdaya, tidak bersemangat, sentiasa berduka, sentiasa bersedih. Perasaan bila kau tidak dapat menjadi sempurna untuk sesuatu atau seseorang, atau expectation yang orang kasi itu rupanya tak tersampai, perasaan itu akan menghantui sehingga kau lupa apa tujuan kau hidup. Setiap hari walaupun segembira mana kau cuba untuk senyum tapi dalam hati, ada 5 suara. Bukan 3 suara dah.




Memandangkan muka dah nak jadi aunty ni, walaupun muka sebenarnya bukan taraf aunty tapi taraf nenda. Sejak semenjak ni tak pakai mekap memang macam orang tengah pantang pergi kelas tinggal lagi tak ikat sanggul tinggi. Orang tengah pantang pun lawa lagi sebab flawless. Yang menulis ni dah lah tak flawless lepastu kusam, kalau nampak depan-depan macam nak sental muka dengan buntut kuali tu, bukan scrub dah tu, bukan juga fish spa yang ikan menggigit-gigit manja kaki tu. Tapi dah macam kuali spa, kuali menggigit-gigit manja muka yang berpatchy patchy ni kekdahnye.

Dan di saat itu aku seolah-olah ingin meroyan, aku tak tahu nak buat apa. Banyak persoalan timbul secara rawak, terlalu sedikit jawapan yang memuaskan hati. Seolah-olah kau sedang berkomunikasi dengan diri sendiri, dalam diam. Hati asyik bertanya, otak menjawab. Jawapan yang aku dapat juga tidak akan memuaskan hati. Makanya, terbaliklah fenomena. Otak bertanya, hati yang jawab. Kerana ikut hati nanti mati, akhirnya nangis.

Sebab mak sangat prihatin dengan kemurungan yang secara tiba-tiba ini, dia letakkan buku ini di atas meja. Dan secara gelojohnya otak dan hati bersama sama paksa tangan aku ambil buku ini dan baca. Hasilnya, masih dalam proses membaca. Dan terhenti seketika sebab nangis. Nangis sebab semua persoalan dah terjawab. Mungkin aku perlu kongsikan beberapa petikan yang aku suka gila dari buku ini.
On the other hand, memandangkan ada book fair dekat faculty, jadi Asean Law Students Association (ALSA) buat penampilan dengan memasang booth satu, untuk recruit sesiapa yang nak join Model United Nations April ni. Anddd jual sikit-sikit barang. Dan kemurungan aku terubat sedikit bila menyedari.

Mereka ini,

Dan ini. Adalah kawan baik sejak Asasi, yang daripada tak bertudung lepastu bertudung, daripada tak pakai braces dah pakai braces, daripada rambut paras telinga sehingga paras pinggang, daripada pinggang selebar 22 sehingga lebar 30. *nanes, tak dapat habiskan ayat* (Sebenarnya taktau nak sambung apa)

Cuba teka yang mana satu sedang mengandung 5 bulan. Op op op bukan yang tudung merah mulut menganga jeans senteng tu, tapi yang tengah. Hot mummy, lepastu baby dalam perut dah ada 4 aunty mulia tengah tunggu kehadiran awak. *sambil buat muka paling aunty sekali*

Ni beli sebab kononnya nak kalahkan Maya Karin yang eh cepatnya siap, sempat bermekap lagi. Bukan bermekap lah, tengok ni, Innershine je *menari narikan jari di atas pipi*. Jadi sebab minum tu muka tak tukar jadi Maya Karin pun, beli yang ini sekotak dengan harapan dapat jadi DJ Kieran pun takpe.

Tunggu 2 minggu lagi...
March 15, 2012
Perempuan dan panggilan telefon.
Aku rasa aku dah share video si perempuan yang mengamuk dok baling-baling barang ni ada dalam dua kali kot? Dan akhirnya dalam video ini semuanya terjawab. Rupa-rupanya, pakwe dia masuk hospital dan dia pulak tak call nak tanya pasaipa tak contact ceq. *andaikan dia orang kedah*
*Kelik SINI untuk informasi sebenar*
Bila bergaduh pasal panggilan telefon, tiba-tiba aku teringat satu kejadian baru-baru ini. Aku dengan kawan baik aku bergaduh sat pasal sentap menyentap, sebab baca mesej dalam Whatsapp dalam nada suara yang salah. AKU PALING BENCI BACA MESEJ DALAM NADA YANG SALAH.
Sumpah boleh buat gaduh. Bila feeling sorang sorang tersentap sendiri, bukan nak call mintak explanation. Ingat memang terus declare a war. Memang sebenarnya panggilan telefon amat amatlah penting jikalau nak dibandingkan dengan hanya mesej bertulis. Contoh paling mudah, ada orang hantar mesej berbunyi begini.
"Kau tahu tak mamat yang duduk sebelah kau dalam train haritu ada dekat kedai buku ni, hensem siut."
Kalau baca mesti mendatar macam cikgu mintak murid baca buku teks kuat-kuat dalam kelas. Tapi kalau cakap dalam phone,
"Huh huh *tercungap cungap* omaigod wehhh kau tahu takkkkk *pause yang panjang untuk mencipta keadaan saspens* mamat yang duduk sebelah kau tuh!! *pause yang panjang nak bagi moment untuk kawan kau ingat balik* ohmaigod wei *tarik nafas lagi* dia ada dekat kedai buku niiiii *suara mulai bertukar menjadi nyaring* hensem siotttt!! *bertambah nyaring*
So, faham tak betapa pentingnya panggilan telefon daripada mesej? Paling penting kalau dapat mesej macamni,
"Kau tahu tak mamat yang duduk sebelah kau dalam train haritu ada dekat kedai buku ni, hensem siut." -sent-
"k" -received-
Siapa kata K itu hambar? Sebab dapat mesej "K" semua orang nak merajuk, padahal kalau depan-depan aku selalu cakap, KAYYYYYYYYYYYYYYYYY. Dengan nyaringnya. Begitu menjengkelkan, so next time kalau orang reply "K" kau bayang kan dia jawab KAYYYYYYYYYYY maksudnya dia excited sama. *positivist*
March 13, 2012
Membeli dan terbeli *sold out*
Ye, ye aku tahu, semalam post hari ni post lagi. Takde kawan ke takde hobi ni, assignment dah dapat, project paper tak start lagi, sibuk kemas almari. Hihihi. Bila kemas almari semua selendang dengan baju kasi buang. Sedap mata memandang. Ini baju-baju yang aku tapis, yang masih elok-elok nak dipakai. Ada juga yang tak pernah dipakai. Beli mahai-mahai takkan nak buang begitu sahaja, kau ingat aku sendawa keluar syiling *monolog dalaman*











Sesiapa yang berminat, e-mel kita dekat macam_iz at yahoo dot com. Thanks!

Cardigan panjang Esprit, RM 20
*reserved*

Skirt panjang kelabu asap, RM20
*reserved*

Blouse bersayap kelawar, RM 35
*reserved*

Cotton on bersayap kelawar berbelang-belang, RM 20
*reserved*

Cotton on kembang di ketiak ketat di lengan, RM 25
*reserved*

Blouse bercorak kucing ala-ala gaun malam, RM 15
*reserved*

Stellar baju besaq senget sebelah, RM 30
*reserved*

Dress panjang ala-ala monochrome tak siap, RM 20
*reserved*
*tapi yang ini warna putih dia tu macam ala-ala putih tak putih, sebab haritu basuh tercampur dengan t-shirt warna kuning, dia terambil sedikit warna kuning nya, tapi nampak tak nampak lah*

Indonesian Kebaya yang telah dialter, RM 25
*reserved*

Baju panjang hitam puffy di bahu, RM 20
*reserved*

Indonesian baju ala-ala make up Nicki Minaj, RM 20
*reserved*
Ini semua tak termasuk dengan caj untuk poslaju, iaitu RM 5, sekian terimas.
March 12, 2012
Hari 22 tahun itu.
Cukup lambat nak update masa birthday buat apa, dapat apa, ada yang tak masuk gambar ada yang terlekat dalam kepala. Yang penting terima kasih bebanyak pada semua yang mengucapkan Selamatlah Izdiyani pada hari aku menyetransformkan diriku ini menjadi 22 tahun. Terima kasih, terima kasih *sambil sapu krim anti penuaan*

Teringat masa bitrhday 19 tahun pun ada jerawat gedabak besar tengah-tengah hidung. Dah jadi ritual tahunan apa tua setahun jerawat hadiah pertama keluar.




Macam budak-budak sekolah, bila birthday pergi Aquaria. Kononnya baru nak belajar hal-hal kehidupan laut dan habitat serta characteristics depa.







Dan yang paling akhir sekali sambutan di Pulau Pangkor. Terima kasih yang tersayang (iaitu famili saya). Yang penting, aku first time pergi snorkeling berkaki ayam. Sambil menyelam bukan minum air dah, sambil menyelam bagi ikan makan roti. Bila dalam air tu, sambil dikelilingi ikan-ikan berwarna-warni yang serang kau seolah-olah mereka itu sekawan piranha, memang perasaan yang paling indah. Perasan lah kau ni disayangi haiwan, ala-ala Snow white menyanyi keluar lipas mintak tolong masukkan cadar dalam kaki katil, asal menyanyi je, jari telunjuk tangan kanan pegang burung puyuh putih. Walhal habis roti, ikan pun hilang. Bukan habis madu sepah dibuang dah, habis roti, izdiyani pun dibuang *menangis keluar laut*
Dek kerana berkaki ayam dalam laut tu, dok tergesel-gesel terlanggar-langgar batu-batu karang dalam tu. Masa tu kau punya sakit sumpah macam bersunat (cakap macam lelaki). Masa menyelam tak ingat ada kaki, ingatkan dah jadi duyung. Kaki tukar jadi ekor, keluar naik darat terus tengok kaki ya Allah berdarah-darah. Dengan kulit terkoyak, kukunya retak, kalau tourist guide nak buat naya, dia bawak pergi snorkeling bagi ikan piranha makan roti, memang aku keluar dari tinggi 156 cm terus jadi 56 cm pasal kaki hilang kan. Inilah sebenarnya dikatakan pengorbanan bersama alam semulajadi.

Alhamdulilah, aku seorang gadis 22 tahun yang sihat dan bersyukur. *Sihat maksudnya semangat lah tu, dalam erti kata lain gemuk gondol la tu*
Pi.es : Gambar semua sorang-sorang, macam celebrate birthday sorang-sorang, makan sorang-sorang, pergi aquaria cakap sorang-sorang, pergi snorkeling sorang-sorang. Hahaha!
March 6, 2012
Bawa ia atas!
Bawa ia atas jikalau dioleh bahasa secara directnya bermakna Bring it on. Dan disini acara bring it on aku bermula bila besok kelas dah bermula. Fuh final year woi final year rasa seperti baru semalam menjejakkan kaki masuk ke Uitm kedah mengenali erti beg bagasi dan memakai baju bebas tidak beruniform bila ke kelas, juga kasut tumit tinggi ke kelas pertama dan mengenali alat mekap pertama dalam dunia ketika berumur 19 tahun iaitu eyeliner dan corak eyeliner begitu pondan sekali. Lukis terketar-ketar tangan. Beli warna kilat-kilat bila tutup mata nampak macam matahari kilatannya lepastu setiap gambar pun nak tutup mata tunjukkan kekilatan eyeliner ku.
Lepas sebulan berpraktikal, akhirnya habis juga dan hanya ada 4 hari waktu berehat sebelum kelas bermula. Sumpah aku tak rasa cuti langsung cuti semester ni sebab lemak aku tak berpecah. Bila cuti kan kononnya nak joging bagai tapi tak pun, malah makin membuak lemak rasa seperti ingin ku gigit gigit cuping lemak ku. Sampaikan lemak pun dah tumbuh cuping telinga. Sakan dia menternak.
Tapi overall sumpah best gila praktikal dekat AGC sebab kesemua semua divisions aku pergi dan belajar menimba ilmu yang tak terbilang dalam masa sebulan. Kalau sebulan pun dah timba ilmu banyak bayangkan orang yang praktikal satu sem instead of satu bulan.




Dalam masa cuti 4 hari tu sempat jugaklah pergi birthday party Adeebab yang baru masuk satu tahun. Adeebab anak buah Ily kawan baik kiteee. Adeebab yang omel sangat dia suka kite tapi tak suka Norja sebab dia ingat Norja sebaya pasal suara dia macam suara suara sebaya *hai oja hehehe*
Untuk berfikiran positif, aku memang teruja gila babeng nak buka semester sebab semua subjek baruuuu. Dan yang paling best ada project paper, best ke? Best lah. Sebab bunyi macam senior senior sangat buat project paper (00) <--- sebatang hidung dengan lubang hidung. And yang paling best dah takde BELLLLL. Bila letak extra L dekat Bel macam nak cakap yang paling best dah takde Bell (loceng) =_="
Lepas sebulan berpraktikal, akhirnya habis juga dan hanya ada 4 hari waktu berehat sebelum kelas bermula. Sumpah aku tak rasa cuti langsung cuti semester ni sebab lemak aku tak berpecah. Bila cuti kan kononnya nak joging bagai tapi tak pun, malah makin membuak lemak rasa seperti ingin ku gigit gigit cuping lemak ku. Sampaikan lemak pun dah tumbuh cuping telinga. Sakan dia menternak.
Tapi overall sumpah best gila praktikal dekat AGC sebab kesemua semua divisions aku pergi dan belajar menimba ilmu yang tak terbilang dalam masa sebulan. Kalau sebulan pun dah timba ilmu banyak bayangkan orang yang praktikal satu sem instead of satu bulan.


Memang penat juga memandu sejam setiap hari pergi dan balik, tol dan minyak bayar sendiri sudah tentu mahal amat memang habis duit dekat situ je, tak termasuk duit makan dengan duit beli Mo Far Kor *tetibe*



Untuk berfikiran positif, aku memang teruja gila babeng nak buka semester sebab semua subjek baruuuu. Dan yang paling best ada project paper, best ke? Best lah. Sebab bunyi macam senior senior sangat buat project paper (00) <--- sebatang hidung dengan lubang hidung. And yang paling best dah takde BELLLLL. Bila letak extra L dekat Bel macam nak cakap yang paling best dah takde Bell (loceng) =_="
March 1, 2012
Goodbyes are hard.
Just when the thought of two becoming one is about to be formed in one's mind. The other half has gone crazy ruining things off and shutting every folded memory down. It is quite expeditious to shatter this delicate devotion once built. She gave him something that no one was ever going to give him. Her sleeping skin and her heart deep down in him. She'll never tell him, but he is her little scar. Goodbyes are hard, and they are hard and they are hard.
Subscribe to:
Posts (Atom)