Dah setahun tak basuh kereta. Setiap kali tengok kereta dalam hati kata, petang ni aku beli asam taik hidung tu makan sambil tunggu kereta dibasuh dekat mana-mana Shell yang offer basuh kereta paling murah. Lepastu bila dah petang terus bergegas pulang dari kelas balik rumah buat order casing sambil tweet sikit-sikit. Besok pagi bangun pergi kelas tengok kereta, berjanji dan bertekad, aku tidak akan menganiaya kau kelis. Dan rutin itu berterusan sampai setahun.
Bila kawan-kawan tumpang sekali, semua cakap benda sama, dan ayat ini selalu terpacul dari mulut dua orang paling menyibuk komen kereta aku kotor tapi tak pernah offer nak basuhkan iaitu Cimok dan Muhai. Tadi masa nak pergi buat birthday surprise Ily, ramai-ramai naik kereta aku yang tak boleh dinaiki ramai-ramai, bukan sebab ianya adalah sports car berkerusi dua, tetapi ia adalah kereta kerdil yang kalau naik ramai-ramai, kereta belakang flash pasal ingat tayar pancit.
Lepastu Muhai cakap lagi, "Dah setahun, Iz. Setahun! Kereta kau tak berbasuh." Tiba-tiba orang kaya iaitu Sarep mengeluarkan lawak orang kaya yang biasa ditweet bersama hashtag #lawakorangkaya.
"Tengok aku, malas sangat nak basuh kereta aku cat je baru. Ha settle,"
2 markah untuk Sarep, 0 markah untuk aku.
Tadi buat birthday surprise untuk Ily kan, lepastu memandangkan Ily dah pakai tudung, kita hadiahkan dia sehelai tudung. Sekarang ni, semua kawan-kawan baik aku dari Asasi kat kedah lagi iaitu sejak 5 tahun yang lalu telah semuanya bertudung. Tinggal nak ambil gambar sesama je.
Walaupun kelas packed hari-hari tapi masih berkerah dan membanting tulang setiap malam. Siang-siang aku law student, malam-malam aku designer bedazzling. Mudah-mudahan badan dan otak kuatlah. Otak, sila kuat sebab belah kanan kau kena kreatif all the time and belah kiri kau nak menghafal benda-benda. Yang penting, pinggang dah lenguh pasni dapat gaji terus beli bantal untuk mengalas punggung ya.
Oh, doakan kejayaan saya dalam pelajaran dan bisnes kecil-kecilan ini *shy*
Ya, ya aku juga doakan untuk kamu.



























